USAHAWAN perniagaan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, bagaikan wakil rakyat ketika turun padang membantu sebahagian mangsa puting beliung di Ipoh, Perak pada 2 Februari 2022 lalu. 

Dengan gaya selebritinya, DSV meninjau salah satu kawasan perumahan yang ditimpa bencana, bertemu penduduk dan menyampaikan sumbangan seperti gaya seorang wakil rakyat meninjau keadaan masyarakat setempat.

Dalam bencana alam pada Isnin, 31 Januari 2022 itu ratusan penduduk di beberapa kawasan perumahan di Ipoh terjejas  menyebabkan kerosakan harta benda terutama rumah.


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan bencana

DSV menziarah mangsa puting beliung di Ipoh yang terkena musibah bagi menghulur bantuan.



Atas sikap prihatin dan simpati serta semangat Keluarga Malaysia, DSV mengunjungi salah sebuah kawasan perumahan yang terjejas iaitu Kampung Tawas yang mempunyai pelbagai kaum terutama kaum Cina.

Bersimpati dengan keadaan bumbung rumah yang sudah rosak dalam keadaan menyambut Tahun Baharu Cina, DSV melakukan tindakan segera mendapatkan zink untuk mengantikan bumbung yang sudah rosak dan terkopak.

Masalahnya kedai-kedai perkakasan (hardware) di Ipoh ditutup kerana cuti Tahun Baharu  Cina.



Dengan menggunakan kepintarannya berkomunikasi, DSV berjaya memujuk sebuah kedai hardware dibuka dan menjual keseluruhan zink yang ada dan dibawa dengan lori ke kawasan perumahan itu dan mengupah beberapa orang melakukan kerja pembaikan bumbung.

DSV dengan beberapa kakitangannya memberi beberapa barangan keperluan kepada penduduk.  Selain itu DSV turut memberi angpau kepada sejumlah penduduk

DSV yang boleh bertutur dalam bahasa Cina memudahkan dia berkomunikasi dengan masyarakat Cina. Ada orang Cina yang mengenali DSV dan menyebut namanya. 

Selepas itu DSV melawat satu lagi kwasan bencana di Tasik Damai.

Ketika hendak pulang, DSV ditahan oleh seorang penunggang motosikal minta bergambar bersama dengan isteri dan anaknya. Sebagai personaliti terkenal, DSA melayan baik kehendak peminatnya.



DSV percaya rezeki akan bertambah jika membantu orang yang memerlu ketika terdesak. Kredit foo: IG datoserivida


DSV mempunyai banglo mewah di Ipoh dan tragedi puting beliung di ibu negeri Perak itu menimbulkan rasa simpati yang amat sangat terhadapnya.

Sebelum ini DSV pernah datang dari Ipoh, memberi sumbangan kepada sebahagian penduduk yang terjejas banjir lumpur yang besar di Hulu Langat, Selangor.

DSV berpendapat, orang yang berkemampuan patut memberi bantuan kepada pihak yang terkesan dengan bencana kerana percaya rezeki akan bertambah jika suka membantu orang-orang yang memerlukan. - KitaReporters


12
13
0
23
0

Copy Link: