SEBUT sahaja Luna Maya pasti anda terbayangkecantikan yang ada pada selebriti popular dari Indonesia itu. Malah, Luna jugasangat popular di Malaysia apatah lagi pernah menjadi juri rancangan MaharajaLawak Mega. Sebagai selebriti popular, kehidupan Luna sentiasamenjadi buruan para media dan juga peminat untuk dapatkan gosip panas. : KitaReporters

Luna Maya bukan sahaja terkenal di Indonesia tetapi juga di Malaysia.


Oleh kerana masih bujang, dia sering dikaitkan dengan beberapa orang lelaki bahkan pernah digosip akan berkahwin dengan jutawan dari Malaysia.

Ibarat angin yang berhembus, gosip-gosip berkenaanakhirnya berlalu begitu sahaja dan Luna Maya kekal sendiri.

Namun, terbaharu tular dalam media sosial terutama di negara jiran, Indonesia, Luna Maya dikhabarkan telah mendirikan rumah tanggadengan seorang jejaka yang jauh lebih muda daripadanya.

Biar betul! Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sudahkahwin. 

Khabarnya 'Luna Maya' telah berkahwin dengan pemuda berusia 26 tahun bernama Rizki diKota Buntok, Barito Selatan, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Buat peminat Luna Maya, jangan terkejut kerana LunaMaya yang dimaksudkan ini bukanlah selebriti popular itu sebaliknya seorang nenekbernama Armina berusia 62 tahun.

Saat 'Luna Maya' dan Rizki dinikahkan.


Armina lebih dikenali sebagai ‘Luna Maya’ dalamkalangan masyarakat setempat

Perkahwinan mereka telah berlangsung pada 25September 2020 lalu. Perbezaan umur yang ketara dan nama jolokan ‘Luna Maya’menyebabkan perkahwinan mereka menjadi tular dalam media sosial.

Menurut pengantin lelaki, dia berasa sangat bahagiasetelah berkahwin dengan isterinya itu.

“Kerana saya memang cinta dari dalam hati kepada ‘LunaMaya’,” jelasnya sebaik sahaja ditanya oleh pihak media.

Bercerita mengenai hubungan istimewa mereka, jelasRizki yang berasal dari Kelurahan Bambulung, Kecamatan Pematang Karau, KabupatenBarito Timur itu, dia memang sudah lama mengenal dan mengagumi ‘Luna Maya’melalui video yang diberikan orang dalam Facebook ketika isterinya itu berjogetmahupun bernyanyi untuk meramaikan sejumlah acara perkahwinan.

Menurut Rizki, dia memilih 'Luna Maya' menjadi isteri kerana betul-betul ikhlas mencintainya.


Malah, dia juga pernah melihat isterinya itu didepan mata ketika berjalan bersama rakan-rakan menuju ke Kelurahan Jelapat danketika itu rakannya mengatakan “itu Luna Maya”.

“Saya terus beritahu rakan-rakan, saya kenal keranasering melihat videonya dalam Facebook. Kemudian, saya meminta nombor telefon ‘LunaMaya’," katanya yang bekerja sebagai buruh bangunan dan bengkel.

Semoga pasangan ini bahagia selama-lamanya.


Setelah mendapatkan nombor telefon, Rizki menghubungi‘Luna Maya’ dan akhirnya mereka bertemu. Setelah tiga hari selepas pertemuanitu, mereka akhirnya berkahwin.

Tegas Rizki, dia akan memberikan komitmen sepenuhnyadan mempertahankan perkahwinannya. Ini merupakan perkahwinan pertama Rizki. Manakala bagi ‘Luna Maya’ pula, perkahwinannya denganRizki adalah yang ke-20

Semoga perkahwinan mereka kekal selama-lamanya. 

Benarlah,cinta itu buta, tidak kira umur, wajah atau apa-apapun, kalau sudah jodoh, iatetap datang. - KitaReporters


1
5
1
0
0

Copy Link: