Terima kasih... Dr Sathia Prakash Nadarajan bersama seorang penerima skim SKSSR di pejabatnya Wisma SPCare di Antara Gapi.


WARGA Hulu Selangor memohon kerajaan menyediakan hospital untuk keperluan lebih hampir 300,000 penduduk kawasan itu yang sedang pesat membangun sebagai lokasi kediaman dan pembukaan pusat perniagaan bhaaru akibat limpahan pembangunan dari bandar raya Kuala Lumpur.

Sementelah pula bersempadan dengan daerah Bentong yang berjiran dengan Genting Highlands, hab automotik negara, kawasan hutan yang belum diteroka sepenuhnya dan peningkatan jumlah penduduk serta pendapatan, mengharuskan daerah itu memiliki sistem pendidikan dan kesihatan yang baik.

Sehubungan itu juga Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, penduduk negeri itu juga memerlukan sebuah pusat pengajian tinggi bagi membolehkan anak-anak kawasan Parlimen itu melanjutkan pelajaran tanpa perlu merantau, meninggalkan kampung halaman.


Hulu Selangor prluka lebih banyak kemudahan prasarana untuk dinikmati penduduknya. - Dr Sathia


"Ini adalah dua matlamat saya sejak menyertai pilihan raya pada 2022 dan kami akan usaha secara berperingkat kerana ada tiga tempoh yang kami tetapkan jangka masa pendek, pertengahan dan panjang. 

"Strategik ini diatur bagi  menguruskan plan pembangunan Hulu Selangor sesuai dengan pembangunan setempat yang kian pesat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas menyampaikan penajaan Program Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang dijayakan bersama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Rawang di Wisma SP Care di Antara Gapi pada 28 September 2024.

Seramai 20 suri rumah ditaja perlindungan itu diperkenal oleh PERKESO pada 1 Disember 2022 lalu. Ia bukan saja memberi perlindungan kepada kematian dan penyakit kronik malah membabitkan bencana domestik seperti kemalangan semasa menghantar anak-anak ke sekolah, memberi keperluan di pasar serta aktiviti menguruskan hal-ehwal rumahtangga 

Dr Prakash berkata sudah masa warga Hulu Selangor yang tidak jauh daripada bandar raya menikmati kemajuan pendidikan dan kesihatan yang lebih baik kerana jumlah penduduk saja mencukupi syarat mendapatkan prasana itu dan keluasan Hulu Selangor pun lebih besar dari sesetengah negeri seperti Melaka yang serba ada insiatif kerajaan.

"Saya menekankan dua keperluan ini dalam setiap kempen kerana kini ada 67 buah sekolah dan Hulu Selangor juga bersempadan dengan Genting Highland dan  Hab Automotif Negara. 

"Kini pembangunan perumahan serta perniagaan mula meningkat akibat limpahan kemakmuran Selangor dan Kuala Lumpur." katanya.



Dr  Prakash adalah pengasas Klinik SPCare yang kini selepas 10 tahun beroperasi dan sudah membuka 9 cawangan di seluruh negeri itu.  

Selain itu, beliau turut membuka pusat jagaan (nursing home) dan perkhidmatan bukan klinikal termasuk butik, restoran dan kedai cuci kereta bagi memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda setempat.

Lebih menarik apabila  Dr Prakash turut mengembangkan perniagaan ke luar negara termasuk Rusia, India dan Australia yang berpegang kepada prinsip menjadi orang luar biasa, melangkah jauh ke depan.

Dr. Prakash adalah juga Timbalan Setiausaha Agung PKR dan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor. 

Catatan Wikipedia pula, Hulu Selangor ialah daerah yang terletak di utara negeri Selangor. Luasnya adalah 1,756 kilometer persegi dengan penduduk berjumlah lebih 243 ribu orang pada 2020. 

Daerah Hulu Selangor merupakan kawasan Hab Automotif Negara. Daerah ini bersempadan dengan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor di barat, Gombak di selatan, negeri Pahang di timur dan negeri Perak di utara. - KitaReporters


Dr Sathia menyerahkan kad jemputan rumah terbuka sempena Deepavali November pada Pengurus pejabat PERKESO Rawang , Khairul Mizan Md Said.


Dr Sathia memberitahu hasratnya membangunkan Hulu Selangor.

10
13
0
8
0

Copy Link: