BILA Ratu Elizabeth Alexandra Mary Windsor, 96 disemadikan pada 19 September 2022, baginda bukan saja meninggalkan kaum keluarga diraja yang tertua di dunia, ratu juga akan meninggalkan 6.6 bilion ekar (2.6 bilion hektar) tanah di atas namanya, dolpin (ikan lumba-lumba) dan ikan paus yang berada di tiga batu (4.8 kilometer) di perairan United Kingdom (UK) yang menjadi miliknya.

Malah angsa yang dibiarkan lepas bebas berenang di Sungai Thames juga milik baginda. Selain itu, anjing peliharanya akan diserahkan kepada penjaga baru. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mendiang Ratu Elizabeth II


Sehingga tarikh kemangkatannya, Ratu Elizabeth II memerintah 15 negara Komanwel yang membabitkan 150 juta penduduk. UK juga mempunyai 14 lagi wilayah lain di luar negara yang menempatkan kira-kira 300,000 penduduk.

Bukan itu saja, baginda meninggalkan segala hartanya yang dilaporkan berjumlah $500 juta (RM2.25 bilion) hasil peninggalan pusaka dari sejak mendiang ayahanda baginda,  King George VI kepada pewarisnya.

Ratu yang menggunakan gelaran Elizabeth II memerintah selama 70 tahun 214 hari, dijangka akan disemadikan di bersama suaminya, Duke of Edinburgh, Putera Philip, 96, yang meninggal dunia pada 9 April 2022 lalu yang dikatakan diawetkan untuk dikebumikan bersama ratu.



BBC dalam satu laporannya menyiarkan ikrar Elizabeth II yang dikatakan paling berpengaruh ketika menyambut hari jadinya ke-21 untuk berkhidmat kepada takhta dan seluruh jajahan dengan meminta kerjasama keluarga empayar membantunya kerana dia tidak mampu melakukan bersendirian.

Baginda mempunyai lapan cucu dan 12 cicit berkhidmat dengan 15 Perdana Menteri Britain dengan yang terakhirnya, Liz Truss yang bertemu baginda pada 5 September, 2022 dua hari sebelum kemangkatannya. Dia juga melalui dua perang dan bertemu dengan 14 Presidan AS.

Agensi berita itu mengumumkan kemangkatan baginda dan selama 10 hari operasi pengkebumian ditukar dari London Bridge Down to Scotland kerana baginda meninggal di Istana Balmoral, Scotland yang menjadi kediaman bersama suaminya sejak mereka kahwin 73 tahun lalu kerana jauh daripada kesibukan London.

Ratu Elizabeth II dilahirkan pada 21 April 1926 meninggal dunia akibat sakit tua, kini dalam perjalanan ke London untuk menjalani majlis keagamaan terakhir di Westminster Abbey sebelum dikebumikan pada Isnin 19 September, 2022. 



Ratu diiktiraf sebagai wanita paling berkuasa di dunia kerana kuasa mutlaknya adalah membubarkan Parlimen untuk pilihan raya. Baginda juga telah menolak petisyen Australia untuk merdeka dan paling hebat, ratu adalah ketua panglima perang, pemerintah yang akan mengisytiharkan perang dan mengetuai angkatan tentera British serta menganugerahkan gelaran diraja. 

Semasa pemeritahan ratu, United Kingdom pernah terbabit dalam perang di Falklands (Spanish: Guerra de las Malvinas) memakan masa sepuluh minggu antara UK dan Argentina pada 1982 membabitkan kawasan jajahan Britain di Atlantik Selatan, Pulau Falkland Islands dan Selatan Georgia serta Pulau Sandwich.

Ratu Elizabeth dimahkota pada 1953 apabila ayahandanya mangkat dalam tidur dan selama tempoh 70 tahun pemerintahannya dia menyaksikan kematian ibunya, adiknya Puteri Margaret, dan menantu kesayangannya Lady Diana Spencer dalam nahas jalan raya di Paris pada 31 Ogos 1997.

Dia juga memendam rasa sedihnya apabila anak sulungnya Charles bercerai dengan Lady Diana, diikuti  Andrew dengan Sarah yang juga Duchess of York, Puteri Anne, Puteri Margaret dan akhir sekali menyaksikan cucu kesayangannya Putera Harry meletakkan jawatan sebagai kerabat raja bekerja dan mengikut isterinya, pelakon Meghan Merkle berpindah ke Amerika Syarikat. 

Kali terakhir baginda sempat juga bertemu cucu terakhirnya, LiliBet Diana dalam pertemuan yang diatur sempena hari jadinya secara tertutup.



Dalam masa tujuh dekad, Elizabeth II turut menyaksikan dunia bergelut dengan wabak Covid-19 selama dua tahun yang memaksa penduduk negaranya hidup terkurung dan menyaksikan banyak acara termasuk sambutan hari jadi dan acara istana dibekukan.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II menandakan berakhirnya pemerintahan seorang raja wanita terlama di dunia

Daripada seorang puteri yang hidupnya riang ria dan sejak muda impiannya adalah untuk menjadi seorang suri rumah kepada komander tentera laut dan menjadi 'petani'.

"Saya hanya mahu menjadi petani dengan memelihara ayam, lembu dan kuda," katanya dalam satu wawancara yang dimuat naik dalam TikTok. - KitaReporters 


Kredit foto: Daily Express

12
8
0
9
0

Copy Link: