Tahniah Persatuan Penduduk La Cottage! Pilih saf baharu kepimpinan 2024-26! Pengerusi Mazlin Othman!
Published byMAZLIN Othman (lima dari kanan) mengetuai Jawatankuasa PPLC baharu 2024-2026 selepas dipilih dalam Mesyuarat Agung persatuan di La Cottage, Puchong. Jamal Kassim (empat dari kiri) sebagai Timbalan Pengerusi. - Kredit foto: Mohd. Hafilzuddin Zaini
PERSATUAN Penduduk La Cottage (PPLC) memilih barisan baharu kepimpinannya dalam Mesyuarat Agung PPLC Ke-12, Penggal 2024-2026 di La Cottage, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor pada 9 Jun 2024 lalu bagi terus menjamin kebajikan dan kesejahteraan warganya.
Mazlin Othman pula dipilih sebulat suara oleh hampir 100 hadirin mesyuarat sebagai Pengerusi PPLC yang baharu bagi menggantikan Syed Alwi Syed Abdullah yang menamatkan penggal pentabirannya bagi penggal 2022-2024.
ANTARA hadirin mesyuarat PPLC Ke-12 dan yang mengundi bagi pemilihan pucuk pimpinan persatuan penggal 2024-2026 di Taman Putra Perdana La Cottage, Puchong. - Kredit foto: Mohd. Hafilzuddin Zaini
Jamal Kassim pula mengisi jawatan Timbalan Pengerusi PPLC yang dikosongkan oleh Syed Alwi sejak hampir dua tahun lalu untuk menggantikan Pengerusi asal, Tarmizi Jaafar yang mengundur diri.
Wan Syazwan dipilih sebagai Setiausaha, manakala Rozitah Mat Tasu selaku Bendahari manakala enam lagi penduduk menjadi Ahli Jawatankuasa.
Mesyuarat berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Zon Putra Perdana, Naharanuar Ayob.
NAHARANUAR Ayob (memegang mikrofon) memberikan kata alu-aluan merasmikan Mesyuarat Agung PPLC Ke-12 bagi penggal 2024-2026. - Kredit foto: Mohd. Hafilzuddin Zaini
Satu sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik turut diadakan sebagai menghargai sokongan hadirin mesyuarat yang berlangsung dari pukul 8.30 hingga 12 tengah hari itu.
Mazlin dalam ucapannya selepas dipilih, berjanji untuk menambah baik khidmat PPLC kepada warga Taman La Cottage hasil pengalamannya memimpin dan menjadi setiausaha beberapa persatuan kebangsaan.
Beliau dan saf baharu kepimpinan turut mengalu-alukan kerjasama dan sokongan padu malah sedia mendengar serta membantu menyelesaikan sebarang aduan, keluhan dan menjadi rujukan warga taman perumahan yang menjadi ahli PPLC. - KitaReporters
MAZLIN Othman (tiga dari kanan) menyampaikan taklimat ringkas kepada barisan baharu kepemimpinan PPLC 2024-2026.