Pondok buruk tempat kediaman Wong Yau di Kampung Seberang Jertih, Terengganu.


KEINGINAN untuk membantu sesama insan yang hidup dalam kesusahan melangkaui pengenalan kaum kerana ia dianggap satu tanggungjawab dalam hidup bermasyarakat. 

Kisah penderitaan hidup seorang lelaki warga emas yang terpaksa tinggal sebatang kara selama lebih 30 tahun dan mendiami sebuah pondok usang, mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil memberi pertolongan dan bantuan kepada insan malang terbabit termasuk daripada sekumpulan anak muda dari group Facebook “Cakna Besut Terengganu (CBT)”.

Warga emas keturunan Cina, Wong Yau, 80, dari Kampung Seberang Jertih, Terengganu mendapat simpati banyak pihak kerana ketabahan beliau mengharungi liku-liku hidup bersendirian di tengah-tengah komuniti Melayu.


Nik Hasmira Nik Yahya


Suri rumah, Nik Hasmira Nik Yahya, 35, dari Kampung Padang Landak, Jertih yang terpanggil untuk membantu warga emas berkenaan selepas berkunjung ke pondok buruk dan uzur yang menjadi tempat kediaman Wong.

Kepahitan hidup Wong pernah disiarkan dalam KitaReporters pada 7 Jun 2020, dan ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas terbabit.


Penderitaan warga emas dapat perhatian! Wong Yau disantuni! - KitaReporters 

Keadaan pondok yang menjadi tempat tinggal Wong


Nik Hasmira atau lebih dikenali dengan panggilan “Erra” seorang pentadbir group Facebook CBT, yang berhasrat untuk membantu Wong mendapat tempat tinggal lebih selesa menggunakan medium media sosial (medsos) untuk mengajak netizen sama-sama membantu usahanya dengan membuat posting dalam Facebook.



Menerusi usaha itu, beliau menyasarkan kutipan RM2,000 hasil sumbangan daripada penularan posting menerusi Cakna Besut Terengganu (CBT).

Menurut Erra, selepas sehari dia membuat posting mengenai nasib warga emas itu pihaknya berjaya mengumpul dana sebagaimana dirancang bertujuan untuk membaik pulih pondok tersebut.

Bagaimanapun, kata Erra hasrat murni beliau itu tidak kesampaian apabila lelaki terbabit enggang membaik pulih pondok kediamannya kerana mendakwa dia lebih selesa tinggal dalam keadaan asal.


 


“Saya cukup kecewa kerana hasrat untuk membantu lelaki berkenaan terhenti walaupun dana sudah terkumpul dan cukup untuk kerja membaik pulih pondok using tersebut,” katanya.

Menurut Erra beliau kini sedang berusaha untuk memulangkan kembali wang yang disumbangkan oleh netizen kerana tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi lelaki terbabit. - KitaReporters


Beralaskan tikar dan dikelilingi  timbunan sampah sarap ruang tempat tidur Wong

 

12
12
3
9
1

Copy Link: