Jom ramai-ramai derma darah! DC Mall, Damansara 1-2 April 2023! Anjuran Kumpulan QI, Yayasan RYTHM!
Published bySemua orang digalakkan untuk menderma darah secara berkala.
Ada pelbagai cara untuk kita melakukan kebaikan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Kita mungkin tidak mempunyai harta benda dan wang ringgit yang banyak untuk didermakan namun kita mempunyai kesedaran untuk membantu dengan cara menderma darah.
Jika tidak mempunyai masa ke pusat-pusat
rawatan seperti hospital, ada pihak yang prihatin mengadakan kempen derma darah
di pasar-pasar raya. Ini bermakna jika mahu membeli belah, boleh terus ke
lokasi kempen menderma darah yang diadakan dan ramai yang sedang menanti kehadiran kalian.
Prihatin terhadap
penderitaan insan yang memerlukan, Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial Kumpulan
QI bersama-sama dengan Yayasan Rythm mengadakan inisiatif menganjurkan kempen derma darah pada hujung
minggu ini iaitu 1 dan 2 April 2023.
Penganjuran bersama dengan Pusat Darah Negara dan DC Mall (Damansara City Mall), Damansara, Selangor itu akan diadakan tingkat 1, Concourse Area.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kempen menderma darah
Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial Kumpulan QI bersama-sama dengan Yayasan RYTHM mengadakan inisiatif menganjurkan kempen derma darah pada hujung minggu ini iaitu 1 dan 2 April 2023.
Menurut Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Afifah Hassan pihaknya mengalu-alukan dan mengajak masyarakat terus menderma darah secara berkala.
"Buat masa ini kesedaran pelbagai kaum adalah baik dan kami menyasarkan lebih baik pada masa akan datang.
"Bagaimanapun memandangkan kita sekarang sekarang berada dalam bulan puasa, kami ingin menjemput dan menggalakkan lebih ramai penderma bukan Muslim untuk datang menderma darah. Bagaimanapun penderma Muslim masih berpeluang untuk menderma selepas waktu berbuka.
“Objektif penganjuran ini adalah untuk menyasarkan aktiviti derma darah yang berterusan dapat dilakukan untuk mengekalkan bekalan darah pada tahap selamat dan mencukupi,” ujarnya ketika dihubungi.
Justeru tambahnya lagi, semua penderma digalakkan untuk menyertai kempen dan semua jenis darah diterima mengikut kelayakan. Hasil kempen yang berjaya dikumpulkan akan dihantar kepada Pusat Darah Negara. - KitaReporters
Kempen derma darah yang berterusan akan memastikan bekalan darah selamat dan mencukupi di Pusat Darah Negara.