Video| Dah 2024! Masih ada tak basuh telur! Inspektor kesihatan dedah sikap pengotor peniaga makanan!
Published byTelur adalah sumber protein, lemak, vitamin dan mineral. Jadi, tidak hairanlah ia menjadi antara makanan penting buat manusia.
Paling mendapat sambutan, sudah tentulah telur ayam. Selain mudah didapati, ia juga lebih murah berbanding telur-telur lain.
Namun, tahukah anda telur boleh menjadi makanan berbahaya sekiranya terdedah dengan pencemaran oleh bakteria patogenik seperti salmonella yang memberikan kesan buruk kepada kesihatan?
Justeru, telur perlu dibasuh sebelum digunakan untuk mengelakkan pencemaran silang oleh bakteria pada najis ayam.
Namun, perlu diingatkan, sekiranya anda mahu menyimpannya, elakkan membasuh telur bagi melindungi lapisan pelindung semula jadi (cuticle) yang ada pada kulit telur.
Sungguhpun sudah banyak berlaku kes kematian
melibatkan keracunan telur tercemar, masih ada pihak terutama peniaga makanan
tidak cakna hal tersebut. Mereka memandang ringan soal kebersihan dan tidak
membasuh telur sebelum digunakan.
Hal ini telah didedahkan oleh seorang pengguna TikTok bernama Abg IK dan dipercayai bekerja sebagai inspektor kebersihan (IK) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Dah 2024 tuan-tuan. Kenapa benda macam ni masih berlaku? Di mana masalahnya? Mari bagi tahu kami, kita perbaiki sama-sama,” tulisnya.
Kelihatan sisa najis dan bulu masih lagi melekat pada kulit telur yang tidak dibasuh.
Dalam video yang dikongsi, kelihatan sebuah kedai makan telah diperiksa tahap kebersihannya pada 1 Januari 2024 lalu.
Dalam pemeriksaan tersebut, telah didapati peniaga tidak membasuh telur terlebih dahulu sebelum digunakan. Walaupun peniaga tidak mengaku dan berdalih, namun bukti di dalam tong sampah menunjukkan sebaliknya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai komen
daripada netizen. Mereka juga hairan masih ada peniaga yang degil dan tidak
mengutamakan kebersihan.
“Masih ada lagi yang tak basuh telur ayam masa nak memasak,” tulis salah seorang netizen.
Sementara itu, ramai juga yang mendedahkan bukan
sahaja telur, tetapi juga beberapa bahan masakan seperti sayuran dan lain-lain.
“Tu sayur kubis buat burger tu, goreng mi kedai
mamak, mana ada basuh. Sebijik-sebiji deme potong, terus letak kat burger, terus
masuk kuali goreng mi,” dakwa salah seorang netizen.
Tindakan tegas dan berterusan diharap dapat dilakukan agar kejadian ini tidak berulang.
Kepada peniaga makanan, jangan asyik fikirkan keuntungan tetapi kebersihan langsung tidak diambil peduli. - KitaReporters