Pemandu Grab gusar! Bolehkah solat qasar? Tempuh perjalanan melebihi syarat jarak! Ini jawapannya!
Published bySemua orang tahu solat itu tiang agama. Sesibuk manapun kita mencari rezeki atau melakukan sesuatu, jangan sesekali tinggalkan solat. Tidak kira apa jua pekerjaan yang anda lakukan, solat itu wajib! Jangan bagi alasan tidak dapat menunaikan solat kerana sibuk bekerja.
Allah SWT itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Justeru, Dia memberi keringanan dan kelonggaran kepada hamba-Nya melalui solat qasar dan jamak.
Ramai tahu tentang ini namun adakalanya kita kurang yakin dan tahu dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk membolehkan kita melakukan solat tersebut.
Selalunya solat qasar atau jamak dilakukan oleh orang yang sedang bermusafir seperti melancong atau pulang ke kampung halaman. Jadi, sekali sekala mereka akan melakukan solat ini.
Namun, bagaimana orang yang bekerja sebagai pemandu Grab yang hampir setiap hari menempuh perjalanan melebihi jarak dibolehkan mendirikan solat qasar?
Solat qasar dapat meringankan tanggungjawab musafir menunaikan solat. - Kredit Foto: Google Image.
Menjawab pertanyaan seorang pemandu Grab mengenai
hal ini, website rasmi milik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menjelaskan
secara terperinci pada 29 November 2023 lalu.
“Assalamualaikum, saya seorang pemandu Grab dan
setiap hari jarak yang saya tempuh melebihi jarak yang membolehkan untuk
mengqasarkan solat. Adakah dalam keadaan ini saya boleh mengqasarkan solat saya
setiap hari?” soalnya.
Menurut PMWP, pemandu kereta yang sering melakukan pemusafiran harus mengqasarkan solat jika memenuhi syarat-syarat qasar seperti melebihi jarak 81km dari tempat kediamannya dan keluar dari kawasan perumahan atau kampungnya.
Namun sebaiknya bagi mereka yang sering melakukan pemusafiran melebihi jarak 81km untuk melakukan solat dengan sempurna.
Allah SWT memberikan keringanan kepada hamba-Nya
dalam melaksanakan ibadah solat dengan diberi keinginan untuk mengqasarkan
solat. Keringanan ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam firman bermaksud:
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu
tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang.”
Keringanan untuk memendekkan solat ini diberikan
untuk mereka yang memenuhi syarat-syaratnya. Antara syarat-syarat untuk
melakukan qasar dalam mazhab Syafie ialah perjalanan mestilah melebihi jarak
qasar iaitu 81km dan keluar dari kawasan kampung atau perumahannya.
Jika perjalanan tersebut kurang daripada 81km atau tidak keluar dari kawasan tempat tinggalnya maka dia tidak boleh mengqasarkan solatnya.
Walau bagaimanapun jika dia seorang yang sentiasa melakukan perjalanan yang jauh pada hampir setiap hari sebaiknya dia melakukan solat dengan sempurna dan tidak mengqasarkan solat.
Perkara ini dinyatakan dalam kitab I’anah al-Talibin
yang bermaksud:
“Siapa yang
sentiasa melakukan pemusafiran seperti pemandu maka yang afdal baginya ialah
melakukan solat dengan sempurna untuk keluar daripada khilaf sebahagian ulama
yang mewajibkannya seperti Imam Ahmad RA.”
Jadi, kesimpulannya pemandu Grab yang sering melakukan pemusafiran harus mengqasarkan solat jika memenuhi syarat-syarat qasar seperti melebihi jarak 81km dari tempat kediamannya dan keluar dari kawasan perumahan atau kampungnya.
Namun sebaiknya bagi mereka yang sering melakukan pemanduan walaupun melebihi jarak 81km tapi tidak keluar dari kawasan tempat tinggalnya agar melakukan solat dengan sempurna. - KitaReporters
Ada pemandu Grab terpaksa menempun perjalan jauh setiap hari. - Kredit Foto: Google Image