Tolong kami! Bantu Nor Azlaily! Cari bapa Mohd Saidi Man! Jadi wali perkahwinan pada akhir Okt 2023!
Published byGambar hiasan
PERKAHWINAN suatu perkara yang menyeronokan dan ia juga telah membuktikan tertunainya ikatan kasih sayang dalam kalangan pasangan terbabit.
Namun disebalikan kebahgiaan perkahwinan itu ada juga pasangan rumah tangga itu tidak dapat melayar bahtera cinta berpanjangan apabila mereka terpaksa bercerai sehingga menyebabkan anak-anaknya menjadi mangsa terutama anak wanita yang memerlukan bapa kandung untuk menjadi wali apabila anaknya mahu berkahwin.
NOR AZLAILY FITRIAH MOHD SAIDI
Dalam hal ini, ia turut menjadi masalah bagi seorang janda muda, Nor Azlaily Fitriah Mohd Saidi, 33, yang terpaksa mencari bapanya, Mohd Saidi Man, berusia sekitar 50-an untuk dijadikan sebagai wali Nor Azlaily Fitriah yang bakal melangsungkan perkahwinan kali keduanya pada penghujung bulan Oktober 2023 ini.
Nor Azlaily Fitriah berkata, selepas ibunya, Wan Kartini Wan Muda, 52, bercerai dengan bapanya (Mohd Saidi) ketika itu dia masih kecil lagi berumur tiga tahun.
Menurutnya, sejak ibu bapa berpisah sehingga sekarang, Nor Azlaily Fitriah hanya sekali sahaja berjumpa dengan Mohd Saidi yang tinggal di Kangar, Perlis.
``Itu pun saya terpaksa mencari sendiri bapa di kampungnya di Kangar untuk dijadikan wali ketika saya bernikah kali pertama pada tahun 2008 kemudian bercerai pada 2021 dan selepas itu saya tidak berjumpa lagi dengan bapa selain saya juga tidak dapat menghubungi bapa lagi kerana bapa saya dipercayai menukar nombor telefon lain.
MOHD SAIDI MAN
``Yang menjadi masalah saya, apabila saya pergi ke kampung bapa, dia sudah tidak tinggal lagi di situ, dia dipercayai sudah berkahwin dengan seorang wanita warga Thailand dan tinggal bersama isterinya di selatan Thailand.
``Kini, saya buntu untuk mencari bapa sebagai wali pada pernikahan saya tidak lama lagi dan kalaulah saya pergi ke selatan Thailand pun, saya tidak tahu dia tinggal di mana,’’ katanya yang mempunyai tiga anak tinggal di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu.
Sesiapa yang mengenali Mohd Saidi bolehlah menghubungi Nor Azlaily Fitriah melalui talian 010-7731749. - KitaReporters