Video| Pengantin berang! Majlis kahwin kurang sambutan! Gara-gara demonstrasi mahasiswa tutup jalan!
Published byDalam mengadakan majlis resepsi, pasangan pengantin dan keluarga pasti sedih apabila majlis hanya dihadiri beberapa tetamu.
Hanya beberapa tetamu yang hadir, sedangkan ramai tersangkut di jalan kerana ratusan pelajar melakukan demonstrasi di hadapan pekarangan Universiti Islam Negeri Alauddin Makassar
Penganjuran demonstrasi berlangsung di Jalan Sultan Alauddin, Kota Makkasar itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga memaksa ramai tetamu undangan tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan itu yang berlangsung di sebuah hotel di jalan yang sama.
Kecewa melihat kehadiran tetamu yang sedikit dan banyak makanan tidak habis membuat pasangan pengantin selepas bersanding bergegas bersama anggota keluarga ke tempat demonstrasi dan bertemu dengan beberapa pemimpin demo berkenaan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Makassar, Kompol Devi Sujana, pihaknya telah menerima laporan daripada keluarga pengantin yang terkesan dengan demonstrasi mahasiswa itu.
Penganjuran demonstrasi mahasiswa itu sebagai tanda bantahan kepada pihak pengurusan universiti yang didakwa tidak mendukung hak dan peranan mahasiwa.
Mahasiswa turut mendakwa pihak universiti mengabaikan prinsip kebebasan akademik. - KitaReporters