Galeri Buku Dija| Mahu ungkap keajaiban Al-Fatihah? Rahsia terbesar dalam al-Quran! Dapatkan buku ini!
Published byKITAB Ringkasan Tafsir Surah Al-Fatihah karangan Al-Imam Al-Hafiz Abnu Kathir Al-Dimasyqi RA mengandungi fadilat, tafsiran, kemuliaan dan kelebihan berkenaan surah ini. - Kredit Foto Sofa Production
Dibaca sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam dalam solat lima waktu, setiap ayat di dalam surah Al-Fatihah hakikatnya mempunyai kekuatan spiritual dan keajaiban yang tersembunyi di sebaliknya. Namun, ramai yang mungkin mengambil mudah tafsiran tujuh ayat istimewa ini.
Pengarah Pusat Al-Quran As Sofa, Ustaz Muhammad Aiman Ahmad Al-Hafiz berkata, apabila membaca surah Al-Fatihah, ia seumpama kita sedang berbual atau berbicara dengan Allah SWT.
Perkara ini dijelaskan beliau melalui satu hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda dalam satu hadis Qudsi bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“Aku telah membahagikan solat (pembacaan surah Al-Fatihah) menjadi dua bahagian antara diri-Ku dengan hamba-Ku. Dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta: Jika dia mengucapkan Alhamdulillahirabbalalamin, maka Allah SWT berfirman: ‘Hamba-Ku telah memuji-Ku’. Dan jika dia mengucapkan Ar rahmanirrahim, maka Allah SWT berfirman: ‘Hamba-Ku telah menyanjung-Ku’. Jika dia mengucapkan Malikiyau middin, maka Allah SWT berfirman: ‘Hamba-Ku telah memuliakan-Ku’.
"Dan jika dia mengucapkan Iyya kanak buduwa iyya kanasthain, maka Allah SWT berfirman: ‘Inilah bahagian antara diri-Ku dan hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang dia minta’. Dan jika dia mengucapkan Ihdinas sirothal mustakim sirothallazi na’an ‘am taalaihim ghairil maghdubi’alaihim waladdhollin, maka Allah SWT berfirman: ‘Ini untuk hamba-Ku dan bagi hamba-Ku pula apa yang dia minta’.”
USTAZ Muhammad Aiman Al Hafiz merupakan graduan Ijazah Sarjana Pengajian Al Quran Moden dari Universiti Ez Zitouna, Tunis, Tunisia.
Menyedari kepentingan surah Al-Fatihah ini, Sofa Production Sdn Bhd tampil dengan sebuah kitab istimewa bertajuk Ringkasan Tafsir Surah Al-Fatihah.
Menurut Muhammad Aiman lagi, ia merupakan sebuah kitab karangan seorang ulama terkemuka dunia, Ibnu Kathir Al-Dimasyqi RA yang juga pengarang Kitab Tafsir Ibnu Kathir.
"Imam Ibnu Kathir atau nama sebenarnya 'Imad al Din Ismail ibn Umar ibn Kathir al Dimasyqi al Syafi'i RA telah diputerakan di Mijdal, sebuah kampung yang terletak di luar Kota Busra, di sebelah Timur Damsyiq, pada tahun 700 Hijrah.
"Pada usia 11 tahun, beliau sudah berjaya menyempurnakan hafalan kitab Al-Quran. Antara tanda keilmuan Ibnu Kathir ialah beliau telah berguru dengan ramai guru yang hebat seperti Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani RA, kemudiannya Al-Imam Ibnu Asakir RA dan pelbagai lagi ulama-ulama yang hebat pada ketika itu.
SALAH satu keistimewaan kitab ini ialah penterjemahnya mempunyai sanad hingga sampai kepada pengarangnya, Ibnu Kathir RA.
"Malah, kesan daripada ketinggian ilmu, beliau telah melahirkan murid-murid beliau yang hebat seperti Al-Imam Ibnu Jazari RA yang terkenal dengan karangan Al-Muqadimah Al-Jazariyah dan juga Al-Imam Al-Hafiz Zain Al-Din Al-Iraqi RA," jelas Muhammad Aiman yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Pengajian Al-Quran Moden dari Universiti Ez Zitouna, Tunis, Tunisia.
Tambah beliau, di dalam kitab ini terkandung fadilat, tafsiran, kemuliaan dan kelebihan berkenaan pembacaan surah Al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun bagi tiang agama iaitu solat.
"Memadailah Al-Fatihah menjadi satu-satunya surah yang wajib dibaca dalam solat, yang jika ditinggalkan maka tidak sah solat seseorang itu, sudah menunjukkan kelebihan surah ini yang cukup besar.
"Justeru, menghayati makna surah Al-Fatihah ini amat penting bagi menghasilkan solat yang khusyuk sekali gus menjadi hamba yang benar-benar mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya," pesan beliau.
Melalui kitab Ringkasan Tafsir Surah Al-Fatihah ini, para pembaca boleh mempelajari bagaimana surah ini mampu meningkatkan kehidupan spiritual dan membawa ketenangan dalam jiwa. Ayuh kita bersama dalam perjalanan mendalami makna dan kelebihan surah Al-Fatihah ini agar kita lebih dekat dengan Allah!
Tidak ketinggalan, melalui pembelian kitab ini pada harga RM50 senaskhah, para pembeli secara tidak langsung telah menjadi pendokong dalam usaha pembangunan Tahfiz Darul Quran Wal Hadith As Sofa di Ampang, Selangor bagi melahirkan generasi Al-Quran yang akan menjaga dan memartabatkan Kalam Allah di bumi Malaysia dan seluruh dunia. Insya-Allah.
Karya istimewa setebal 153 muka surat ini juga sesuai dijadikan hadiah terbaik buat ibu bapa, pasangan, anak cucu, sahabat atau sesiapa sahaja yang memberi makna dalam hidup kita.
Moga-moga sebaran wangi Al-Fatihah yang kita sampaikan pada mereka akan menjadi penghubung antara kita di dunia sehingga di akhirat kelak.
Maklumat lanjut boleh hubungi talian hotline 019-695 4456 atau ikuti laman Instagram dan Facebook SofaProductionSdnBhd. Pembelian juga boleh dibuat melalui pautan Shopee berikut: https://shp.ee/3ikv9hs - KitaReporters
BIOGRAFI ringkas pengarang kitab, Imam Ibnu Kathir atau nama sebenarnya 'Imad al Din Ismail ibn Umar ibn Kathir Al-Dimasyqi.