Opah Ngomel| Tak ada salah wanita tubuh berisi! Dapat lindungi organ! Jaga kesihatan, mental, tidur!
Published bySEBENARNYA wanita yang memiliki badan berisi atau timbangan naik selepas berkahwin itu satu nikmat yang baik kerana badan berisi (tidak obesiti), sangat diperlukan terutama ketika wanita melalui proses kehamilan.
Jadinya janganlah rasa bimbang jika badan kita tidak langsing lagi atau tidak cantik ketika menggayakan pakaian kerana badan wanita berisi itu bertujuan melindungi organ dalaman daripada tercedera.
Pakar diet @ Ketua Medikal Diet, C S Siew memberitahu wanita yang sihat bukan saja memiliki berat badan yang ada "isi" malah perlu memberi perhatian terhadap kesihatan mental, pengambilan vitamin dan nutrisi yang mencukupi serta tidur yang cukup.
Hari ini kita berikan geng media bersantai-santai. Opah (kiri) pun dapat urutan kaki.
Dr Jason bersama Nicol dan Nik Anura.
Bercakap dalam sembang santai bersama media dan tetamu Sompoton Spa di Dorsett Grand Hotel Subang sempena Tahun Baharu Cina 2025 lalu, Siew yang pernah belajar dan bekerja di Hospital Chengdu City, China, anggapan tentang sup sebagai diet kuruskan badan juga tidak betul.
Majlis Hi-Tea itu diatur oleh Presiden Persatuan Fesyen, Peragaan dan Peraduan Malaysia (MFMPA), Dr Jason Hee yang berpendapat spa di negara ini sangat hebat dan perlu dihebahkan kepada dalam usaha menangani stres bekerja dan cara terbaik bersantai.
"Mana tidaknya, satu dua jam kita di sini, dioles dengan urutan lembut, minuman herba berkhasiat untuk detokkan badan sambil bersantai-santai dengan kawan-kawan atau pasangan.
"Caj bayaran pun berpatutan bergantung kepada pakej yang kita pilih," katanya. Opah juga sempat mengurut kaki setengah jam dan diberi pakej mengurut dua jam dengan harga mampu bayar.
Tetamu ditayangkan dengan video perkhidmatan keafiatan di Spa Sompoton
Kata Siew "Kalau kita lihat sayur yang digoreng atau sup, setengah khasiatnya akan hilang dan di China, sup tiada dalam menu makanan piramid. Malah ada setengah pengurusan kesihatan percaya, sup ini lebih kepada fungsi penyedap tambahan makanan." katanya lagi.
Oleh itu dia mengajak wanita tempatan supaya memberi penekanan kepada pengambilan khasiat daripada sumber alam semua jadi termasuk herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah di samping mengutamakan zat besi yang paling diperlukan oleh wanita.
Selain itu, wanita harus minum air serta memastikan kandungan darah dalam badan mencukupi. Jika tidak, boleh menyebabkan badan tidak selesa, boleh membuatkan seseorang cepat panas baran. Malah kurang darah juga boleh menyebabkan barah.
Selain minum air, wanita juga jangan lupa mengambil vitamin probiotik, vitamin C dan B Kompleks kerana dalam cuaca panas wanita Asia lebih cepat tua.
Siew turut menasihatkan orang ramai supaya makan sedikit organ haiwan yang selama ini diketepikan kerana kononnya mengandungi kolestrol yang tinggi dan berbahaya kepada kesihatan.
Sebenarnya organ dalaman haiwan macam hati, pedal, limpa dan jantung harus dimakan. Kalori bukan berpunca daripada haiwan atau minyak tetapi lebih berkaitan dengan pengambilan gula.
Selain itu, pemakanan bergoreng juga jangan diragui kerana minyak yang digunakan untuk memasak makanan itu boleh dijadikan "pelapik" perut dan memastikan makanan yang dihadam itu kenyang lebih lama.
Sementara itu, Pengarah Sompoton Spa, Megan Tan berkata sudah masanya orang ramai didedahkan kepada khidmat spa di negara ini sangat bermutu tinggi, memulihkan kesegaran minda, semangat dan membuatkan seseorang dapat rilek apabila stres diuruskan baik.
Spa itu, yang sudah 15 tahun beroperasi di negara ini diambil sempena nama alat muzik sompoton dari Sabah, menawarkan pusat retreat keafiatan (wellness retreat) menggunakan sumber herba tempatan dan setaraf, malah lebih baik daripada Spa yang ada di pusat peranginan luar negara yang kerap dikunjungi oleh rakyat Malaysia.
Kita mempunyai sumber hasil asli dalam negara terutama di pedalaman Sabah dan bahan-bahan ini digunakan untuk urutan badan.
Selain itu, Sompoton Spa juga menyediakan khidmat Terapi Stem Cell, MediSpa, Healthcare Therapy dan Perunding Spa menerusi Sompoton Spa Academy Sdn Bhd.
Selain di Subang, Spa Sompoton itu ada di Wyndham Bangsar yang beroperasi dari jalan 10 pagi hingga 10 malam.
Megan (kiri) bersama tetamu istimewanya.
Khidmat Spa untuk pasangan yang mahu menghabiskan masa berdua-duaan, Siap jakuzi comel lagi itu.
Sebut apa saja rawatan daripada penjagaan badan secara maksimun, keremajaan kulit, rawatan herba, memanjakan diri, pelupusan detoksi, keseimbangan, spa berpasangan, urutan badan, kepala, bahu sehingga ke kaki, penglupasan daki kulit yang sebahagian daripada proses penjagaan badan dan minda ada di Sompoton Spa.
Semua itu didatangkan dalam pakej khas. Terbaru pakej rawatan sempena Tahun Baharu Cina ialah khidmat mengurut selama dua jam yang ditawarkan dengan harga RM190 yang akan berakhir pada bulan Februari 2025. - KitaReporters
Ini pakej mewahnya.