Cara pernikahan dan acara resepsi yang lain dari kebiasaan semakin digemari. Dan cara akad nikah yang dilakukan di Kecamatan Tempuran, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah pada Rabu, 28 Februari 2024 lalu dianggap agak unik.

Empat pasangan dinikahkan di atas motosikal lasak atau scrambler dan Tok Kadi juga terpaksa duduk atas motosikal lain untuk mengakadkan pasangan tersebut.


Pasangan sedang diijab kabul oleh Tok Kadi


Tok Kadinya ialah Ketua Pejabat Urusan Agama Kecamatan Tempuran, Muhammad Hakim. Pernikahan berlangsung di sebuah kedai pakaian. Sebelum majlis akad, pasangan diarak dengan puluhan motor.

Dan mas kahwinnya cuma  wang tunai Rp29 ribu (kira-kira RM8.77) dalam bentukan pecahan Rp500 dan 10kg beras.

Apabila selesai akad setiap pasangan, ngauman eksos membingitkan ruangan. Setelah selesai akad, keempat-empat pasangan disandingkan di empat pelamin ringkas yang disediakan.



Penikahan unik ini dianjurkan oleh persatuan Forum Ta'aruf Indonesia (Fortais) yang bertujuan menjadikan urusan perkahwinan dipermudah tanpa perlu mengeluar perbelanjaan besar dan memberi kenangan abadi kepada pasangan.

Penikahan unik ini tular dalam pelbagai media sosial setelah mula-mula dimuat dalam Twitter atau X, @txtdrMagelang, pada Khamis, 29 Februari 2024.

Rata-rata netizen memberi komen positif atas perkahwinan sebegini dan berharap kesemua pengantin akan kekal hingga akhir hayat. - KitaReporters


19
16
0
18
0

Copy Link: