Video| Pertandingan pelik! Lelaki juara selepas baring selama 60 jam! Bawa pulang wang tunai AS$350!
Published byAPABILA menyebut pertandingan pasti membayangkan sesuatu yang memerlukan tenaga dan kehebatan diri yang diperlukan bagi memboleh kemenangan.
Namun berbeza di Montenegro di Balkan yang mengadakan pertandingan tahunan dengan menyediakan peserta berbaring secara lurus dan individu yang mampu berbaring paling lama tanpa beralih akan dinobatkan sebagai juara.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pertandingan-pertandingan
Bagi tahun ini seorang penduduk tempatan dari kampung Brezna, Montenegro menjuarai pertandingan berbaring paling lama apabila berjaya menghabiskan masa selama 60 jam berada pada kedudukan tersebut pada 26 Ogos 2022 lalu.
Wah lama tempoh tu… hampir tiga hari juga kena baring tanpa beralih.
Bagaimanapun, setiap peserta diberikan kebenaran membawa barangan seperti telefon dan buku untuk ‘menyibukkan diri’ sepanjang tempoh kejohanan berbaring tersebut.
Malah, setiap peserta juga dibenarkan pergi ke tandas setiap lapan jam dan kembali meneruskan cabaran sehingga juara berjaya ditemui.
Nasib baik!.. Kalau tidak mesti bosan boleh jadi stres pulak…
Memetik portal, Odditycentral.com, Zarko Pejanovic yang cekal dan setia dengan kedudukan berbaring lurus tanpa beralih selama 60 jam itu berjaya dipilih sebagai juara Kejohanan Berbaring Ke-12.
Kejayaan tersebut membolehkan dia membawa pulang wang tunai AS$350 (RM1,560) kupon makan tengah hari untuk dua orang di restoran mewah serta percutian pendek.
Pertandingan tradisi yang berlangsung sejak 11 tahun lalu berlangsung di sebuah taman rekreasi tempatan di negara selatan Eropah berkenaan.
Kongsi Zarko walaupun dilihat mudah dan tanpa cabaran namun memerlukan kesabaran sepanjang menyertai pertandingan yang dicipta seorang lelaki tempatan, Radoje Blagojevic untuk mempersendakan strerotaip penduduk kampung tersebut sebagai masyarakat pemalas.
Katanya, walaupun dalam pertandingan tidak melakukan apa-apa aktiviti namun hanya peserta yang sabar sahaja mampu menanggungnya.
“Memang bunyi cukup senang namun sekiranya terlalu lama berbaring menyebabkan akan ada yang bangun untuk membetulkan kedudukan bagi mengelak badan menjadi kebas,” katanya.
Zarko yang bersaing bersama sembilan lagi peserta-peserta lain yang masing-masing menarik diri selepas tidak tahan untuk kekal kedudukan berbaring lurus.
Hebat betul idea untuk hasil kejohanan, mungkin boleh juga diadakan di negara kita selepas ini. - KitaReporters
Kredit foto: ba.n1info.com