Solat fardu wajib dilakukan oleh umat Islam tanpa alasan kesibukan kerja dan sebagainya. Walaupun sakit, solat fardu tetap wajib ditunai mengikut masa yang betul dan cara yang sesuai.

Namun masih ramai umat Islam yang mengabaikan Rukun Islam Kedua itu dengan memberi pelbagai alasan.

Perkara yang dilakukan oleh remaja bernama Adit, 15, patut dijadikan inspirasi umat Islam yang perlu melakukan kewajipan walaupun dalam keadaan sukar.


Adit,15, dari Toddopuli, Kabupaten Luwu, Sulawesi Selata berhenti sekolah ketika di Tingkatan 1 kerana ibu bapa tidak mampu. 

Dan sebagai membantu kewangan keluarga, Adit menjadi pemulung (scavenger atau pengaut) dengan mencari barang-barang terbuang untuk dijual. Pekerjaan sebagai pemulung tidak lari daripada kekotoran.

Namun Adit sentiasa membawa baju- T dan kain sarung ketika memulung. Sampai waktu solat, Adit akan singgah di mana-mana masjid berhampiran untuk untuk menunai solat.

Adit walaupun berkaki ayam ketika memulung akan membersihkan kaki di tempat wuduk dan menyalin pakaian kepada baju- T dan kain bersih yang dibawanya.


Adit selalu mendapatkan saf pertama dan dirinya sudah dikenali ramai pengunjung masjid. Adit mula memulung setelah selesai solat subuh dan  berdoa di masjid. Dalam sehari Adit akan singgah di beberapa masjid .

Adit menjadi tular setelah kisahnya dimuat naik dalam laman sosial oleh Putri Dakka iaitu seorang usahawan berjaya di Pulapo, Sulawesi Selatan.

Putri Dakka bertemu dengan Adit  secara kebetulan untuk solat di sebuah masjid. Tertarik melihat peribadi Adit membuat usahawan itu menemu bual anak muda itu. 



Dalam temu bual dengan Putri Dakka, Adit menyatakan dia tidak mengabaikan tuntutan agama dalam mencari rezeki dan berharap ia menjadi inspirasi untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.

Kisah Adit menjadi tular setelah dimuat naik laman sosial Putra Dakka, kemudian dimuat naik dalam akaun Instagram Folklift dan sejumlah media cetak dan elektronik di Indonesia.

Putri Dakka memberi sejumlah barang makanan untuk kegunaan Adit dan keluarga. - KitaReporters

16
13
0
13
0

Copy Link: