Masa PKP risau rambut panjang! Nenek ni rambut 6m, okey je!

Published by
KitaReporters

PENUTUPAN kedai gunting dan salun dandanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini menyebabkan ramai yang 'sakit kepala' sebab berambut panjang selain kelihatan tidak terurus. Golongan lelaki paling terkesan dengan ‘arahan’ berkenaan selepas semua operasi di kedai rambut dihentikan buat sementara waktu. Malah ada juga golongan wanita yang sering berpenampilan rambut pendek turut gusar dengan arahan berkenaan. : KitaReporters

Kredit foto: Malakattribunenews.com


Namun, lain pula kisahnya dengan seorang wanita warga emas dari Ben Tre, Vietnam yang telah lama tidak memotong rambut dan kini memiliki rambut sepanjang enam meter atau hampir 20 kaki.

Wow!!! Panjangnya.

Memetik laporan Odditycentral.com, wanita berusia 83 tahun itu memotong rambutnya buat kali terakhir ketika usianya 19 tahun.

NGUYEN THI DINH hanya menggulung rambutnya sepanjang enam meter selepas kali terakhir dipotong ketika berusia 19 tahun. - Kredit foto: Odditycentral.


Alamak lamanya!! 

Maknanya hampIr 64 tahun dia tidak pernah memotong rambut. Sejak daripada itu, dia juga langsung tidak membasuh rambutnya lagi.

Namun wanita yang dikenali Nguyen Thi Dinh memiliki kisah tersendiri dengan rambutnya.

Menurut warga emas itu sebelum ini dia mengalami migrain (sakit kepala) yang teruk.

Keadaan itu memaksa ibu bapanya mendapatkan pelbagai rawatan dan memotong rambut menjadi pendek.

Namun selepas rambutnya tumbuh, kesakitan yang dialami di kepala semakin berkurang.

Keadaan itu membuatkan wanita warga emas itu nekad untuk membela rambut berkenaan dan membiarkan panjang.

NEKAD berambut panjang dan membiarkan selepas sembuh daripada masalah sakit kepala yang teruk ketika usianya masih muda.


"Sejak rambut mula panjang, saya tidak merasai sakit kepala dan sejak itu saya ambil keputusan untuk tidak memotong rambut," katanya.

Lebih dahsyat nenek itu membuat pengakuan rambutnya tidak pernah dibasuh sejak kali terakhir dia memotongnya.

“Hampir 63 tahun saya tidak basuh rambut dan hanya menggulungnya supaya kelihatan rapi," jelasnya. 

MENETAP di sebuah kuil di bandar Ben Tre dan hanya mengharapkan ihsan orang ramai demi meneruskan kelangsungan hidup.


Dia yang kini menetap di sebuah gereja di Bandar Ben Tre turut mengamalkan kehidupan sihat selain mengamalkan mengambil sayur dalam hidangan seharian bagi mengekalkan kesihatannya.

Walaupun rambutnya mencecah enam meter panjang, namun nenek itu kelihatan selesa dan sering membelai rambut yang kini bertukar warna putih akibat uban.

Malah rambutnya yang panjang dan digulung  itu kelihatan menyerupai ular sawa yang kekenyangan selepas membaham mangsa. - KitaReporters

3
2
1
1
0

Copy Link: