KECAMAN demi kecaman yang diterima oleh Pakar Kesihatan Ibu Hamil & Janin, Dr Imelda Balchin, namun tidak pernah sekali mematahkan semangatnya untuk terus berjuang memberi informasi tepat terhadap masyakarat dalam media sosial. Ibarat sebatang pokok kelapa yang terus gah berdiri tegak walaupun dibadai angin taufan, begitulah prinsip dan kekuatan yang dimilikinya. : KitaReporters


Dr Imelda Balchin (dua dari kanan) dalam rancangan berjudul Tanya Doktor Imelda.


Lagi cerita-cerita berkaitan doktor:

https://kitareporters.com/search?search=doktor


Walaupun ada yang mengecam, namun ramai lagi yang menyokongnya. Terbaharu, doktor wanita ini difitnah oleh segelintir individu yang mendakwanya menerima bayaran daripada pihak tertentu untuk mempengaruhi masyarakat dalam isu kesihatan ibu-ibu mengandung.

Hal ini didedahkan sendiri oleh Dr Imelda dalam Facebooknya dengan berkongsi tangkap layar komen beberapa individu yang menuduhnya sedemikian. Malah lebih melampau, individu yang menggunakan akaun palsu itu mendakwa Dr Imelda adalah jelmaan Yahudi dajal dalam bidang perubatan.

“Banyak tu yang kita tak nampak. Sebab tengok kat tv pun muka dia. Dia adalah satu jelmaan Yahudi dajal dalam bidang perubatan,” tulis individu tersebut.




Namun, menurut Dr Imelda individu yang memfitnahnya itu tidak lain tidak bukan adalah golongan doula atau dalam bahasa mudahnya disebut peneman kelahiran.

Biarpun difitnah dan dikatakan jelmaan Yahudi dajal, Dr Imelda menegaskan tiada duit yang dapat menghalangnya untuk terus menulis dan memberi informasi berguna kepada masyarakat.

“LOL, kelakarnya geng antivaxxer dan doula extremis ni tak habis-habis dok buat cerita dongeng lagi. Terima kasihlah kerana fitnah geng ini. Semoga saya dibayar dengan banyak-banyak pahala di akhirat.

“Di dunia ni, tiada bayaran duit yang mendorong saya menulis kepada masyarakat dalam Facebook. Malah, saya tak benarkan pun page saya dipergunakan untuk menjual iklan seperti ramai selebriti lain yang dibayar untuk mempengaruhi masyarakat,” tulisnya.



Selain itu, Dr Imelda menegaskan banyak faedah atau ganjaran yang dia dapat menerusi penulisannya kepada masyarakat. Berikut adalah ganjaran yang diperolehinya.

  • 1) Menyampaikan ilmu yang dikurniakan kepada saya daripada Allah SWT melalui pembelajaran perubatan saya selama bertahun-tahun, kepada anda. Sebab mendidik, mengajar dan menyampaikan ilmu ialah satu amal jariah yang mulia.
  • 2) Meningkatkan kesihatan masyarakat melalui ilmu pengetahuan kesihatan dan memberi inspirasi dan motivasi kepada anda untuk menjaga kesihatan sebab kita mesti berusaha dengan cara yang terbaik atau paling berkesan sebelum bertawakal.
  • 3) Saya bercita-cita melihat negara Malaysia terus maju. Sumbangan saya dalam membangunkan ekonomi ialah kesihatan rakyat dan meningkatkan kesedaran dalam kepentingan kesihatan rakyat dalam membangunkan ekonomi keluarga, masyarakat dan negara. Inilah usaha saya untuk memajukan negara, sebab kemajuan negara bergantung kepada kesihatan masyarakat. Rakyat sihat, negara maju.
  • 4) Saya sayangkan bangsa sendiri dan tak mahu melihat ramai bangsa Melayu kita sendiri ditipu oleh segelintir bangsa Melayu yang tamak haloba yang cuba menipu, memperdayakan dan mempergunakan bangsa untuk membuat untung melalui penjualan produk overclaim kesihatan yang boleh memudaratkan bangsa sendiri. Semoga dengan ilmu, bangsa kita tidak ditipu oleh bangsa sendiri. Semoga dengan ilmu di dada, bangsa kita tak mendajalkan bangsa sendiri.
  • 5) Akhir sekali, saya mahu anak perempuan dan cucu saya dapat membesar dan hidup di dunia yang lebih baik. Warisan saya adalah pengetahuan saya yang dikongsi dengan anda semua.

Takkan berhenti menulis untuk masyarakat walaupun berdepan dengan kecaman daripada golongan yang tidak menyukainya.


Sementara itu, Dr Imelda juga menjelaskan golongan doktor boleh sahaja untuk menyaman golongan antivaxxer dan doula extremis, namun mereka bukanlah mengejar harta dunia.

“Golongan antivaxxer dan doula extremis punya fitnah kepada doktor-doktor, kalau kami semua saman balik hantar ‘Letter of Defamation’ kepada mereka, memang dijamin boleh menang saman banyak kali. Tetapi kami tak buat kerja macam tu sebab kami bukan attention seeker, kami tidak mengejar kekayaan harta di dunia.

“Terima kasih kepada sokongan moral daripada 507,000 pengikut saya yang hebat. Kita teruskan perjuangan kita bersama-sama melawan kejahilan dan menegakkan kebenaran,” tulisnya.

Perkongsian Dr Imelda mendapat reaksi pengikutnya di Facebook. ramai yang menyokong dan memberinya kata-kata semangat untuknya terus berjuang memberi informasi berguna untuk masyarakat. - KitaReporters


Sokongan daripada pengikut menguatkan prinsip yang dipegang Dr Imelda.

0
1
0
0
0

Copy Link: