Disiasat netizen! Azhar ngaku dia mangsa scam biasiswa NASA!
Published byTEMPOH ‘berkurung’ sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan netizen sebagai antara pekerja yang paling berdedikasi di Malaysia. Ibarat petugas barisan hadapan, komitmen yang ditunjukkan warga jabatan ini cukup tinggi, malah mereka tidak kisah untuk bekerja lebih masa demi menyelesaikan setiap isu yang timbul dalam negara. : KitaReporters
Terbaharu, dengan kepakaran risikan yang dimiliki, mereka mempersoalkan kesahihan biasiswa dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat yang kononnya diberikan kepada seorang pelajar Malaysia, Azhar Ali, 20, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
Netizen pelik bagaimana Azhar boleh menyertai pertandingan itu sedangkan syarat penyertaan mestilah warga Amerika Syarikat dan penduduk tetap negara tersebut, bahkan pencarian namanya di laman web NASA juga gagal.
Selain itu, Remaja ini turut dikesan mengunci seketika akaun Twitter miliknya, https://twitter.com/theotherazharal kepada peribadi selepas diasak dengan pelbagai persoalan oleh netizen.
Tangkap layar ciapan Azhar dalam Twitter miliknya https://twitter.com/theotherazharal
Bagaimanapun, Azhar akhirnya tampil menjelaskan kononnya dia adalah mangsa penipuan.
Katanya, dia menyertai pertandingan mereka bentuk sut NASA bagi kategori umur 9-12 tahun pada 20 Mac 2020 lalu dan dua minggu kemudian, menerima maklum balas menerusi email kononnya terpilih sebagai sebagai top 1% pertandingan tersebut.
Dalam masa sama, dia turut mendakwa menerima beberapa email meragukan dari National University of Singapore (NUS) tetapi tanpa menggunakan domain NUS.
Curiga dengan situasi itu, Azhar kemudian berhubung dengan pihak NUS, di samping mengemukakan isu berkenaan di laman web rasmi NASA.
Sehubungan itu, Azhar meminta orang ramai agar berhenti membuat kenyataan tidak benar mengenainya.
Tangkap layar ciapan Azhar di Twitter miliknya https://twitter.com/theotherazharal
"Saya seorang pelajar dan menerima tawaran menyambung pengajian di institusi ternama di luar negara, jadi saya sangat berharap agar rakyat Malaysia tidak merosakkan kerjaya serta masa depan saya dengan isu ini.
"Apa yang dapat kita pelajari ialah sentiasa periksa kesahihan maklumat sebelum dikongsikan kepada umum.
"Saya tidak akan meminta maaf kerana saya adalah mangsa penipuan," katanya dalam ciapan terbaharu di Twitter pada Ahad, 3 Mei 2020.
Terdahulu, Azhar menerusi ciapan di laman Twitter pada Khamis, 30 April 2020 memberitahu dia tidak menyangka akan mendapat tawaran biasiswa itu selepas menyertai cabaran mereka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis pada 2024.
Daripada lebih 3 juta peserta yang mereka cipta sut angkasa untuk program itu, rekaan Azhar dikatakan memperoleh markah setinggi 96.77 peratus dengan kriteria yang merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik serta konsisten.
Kisah kejayaan remaja ini turut mendapat pujian daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di samping Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin. - KitaReporters
Ucapan tahniah daripada Perdana Menteri susulan berita kejayaan Azhar menerima biasiswa NASA yang tular di Twitter.