Inilah rezeki! Wanita ada masalah unik miliki dua rahim! Tapi selamat lahirkan bayi secara normal!
Published byREZEKI itu milik Allah jika kita usaha tetapi kalau tidak diizinkan pasti tidak menjadi… begitulah ketentuan Allah.
Begitu juga rezeki memiliki cahaya mata, walaupun disahkan sukar memiliki anak namun ketentuan Allah mengatasi segalanya.
Kejadian yang berlaku kepada seorang wanita di Alaska, Amerika Syarikat (AS) yang disahkan masalah unik apabila memiliki dua rahim tetapi dia berjaya melahirkan bayi perempuan comel.
Lebih mengujakan kelahiran tersebut melalui proses semula jadi.
Terdahulu, ibu bayi itu, Stephanie Haxton yang mengalami masalah uterus didelphys tersebut dimaklumkan oleh doktor bahawa dia sukar memiliki anak sendiri berikutan dirinya yang mempunyai dua rahim, sekali gus menyebabkan risiko tinggi untuk mengandung dan berdepan keguguran.
Namun siapalah kita untuk mengatasi kuasa Maha Esa!
Malah menjadi rutin kepada Haxton untuk menjalani pemeriksaan rutin ginekologi di hospital sejak enam tahun lalu.
Wanita berusia 29 tahun mengakui langsung tidak menyimpan harapan tinggi untuk memiliki anak selepas dirinya disahkan dengan masalah tersebut.
Malah ketika dirinya disahkan mengandung dan doktor menyifatkan kandungan berkenaan sebagai berisiko tinggi dan perlu bersedia untuk mengalami keguguran pada bila-bila masa sahaja.
“Keadaan itu menyebabkan saya langsung tidak menyimpan harapan tinggi dan langsung tidak membuat pemeriksaan ultra bunyi seperti ibu hamil yang lain,” ujarnya yang tidak menyangka akhirnya dirinya mampu bergelar seorang ibu.
Malah wanita hebat itu turut diberitahu doktor bahawa dirinya agak sukar mengandung berikutan rahimnya terlalu kecil.
“Semua itu membuatkan saya bersedia untuk mengalami keguguran bila-bila masa," kongsi Haxton.
Namun siapa sangka bayinya mampu membesar dengan sempurna walaupun berada pada bahagian kiri perutnya sehingga tamat tempoh kehamilan tersebut.
Malah melucukan lagi apabila pasukan doktor yang merawatnya melahirkan kebimbangan bayi tersebut tidak berpusing apabila saiz semakin membesar.
Namun Haxton akhirnya selamat melalui proses kelahiran secara normal dalam usia kandungan 41 minggu. - KitaReporters