SEMPENA Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia, Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) menyumbangkan 14 set peralatan terapi deria kepada 14 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negara di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). : KitaReporters


Kredit foto-foto: rmhc-malaysia.my


Lagi kisah-kisah berkaitan OKU:

https://kitareporters.com/search?search=OKU


Menurut satu kanyataan media, setiap set peralatan yang dipanggil Sensory Integration Gym mempunyai 12 jenis permainan bersifat lembut, bernilai RM10,000 akan dipasang di PDK setiap negeri. Ahli Terapi Pekerjaan dari RMHC Malaysia juga akan memberikan latihan sepanjang tahun kepada kakitangan PDK di pusat pemulihan yang terpilih. 



Peralatan yang disumbangkan merupakan set latihan kemahiran deria motor untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas meningkatkan keseimbangan serta koordinasi mereka. 

Selain menikmati pengalaman bermain yang fleksibel, set latihan kemahiran yang serba lengkap itu juga dapat menyokong pembangunan deria motor dan latihan keseimbangan. Pelbagai bentuk permainan di pusat permainan akan mewujudkan kombinasi dan cabaran tanpa had demi perkembangan fizikal kanak-kanak. 


Mohd Nasri Mohd Nordin menyerahkan sumbangan kepada Ras Adiba Radzi untuk diterima bagi pihak Salamatussaadah Abdul Ghafur.


“RMHC Malaysia komited membantu dan mengubah kehidupan kanak-kanak melalui kesihatan dan kesejahteraan mereka, termasuk kanak-kanak berkeperluan khas. 

"Harapan kami agar kerjasama dengan JPOKU dapat dimanfaatkan oleh kanak-kanak untuk menikmati suasana ceria dan memberangsangkan ketika berada di PDK,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC Malaysia, dalam kenyataan media pada 7 Disember 2020 itu.

Sumbangan disampaikan oleh Mohd Nasri Mohd Nordin, Pengurus Besar RMHC Malaysia melalui ikon komuniti, Senator Ras Adiba Radzi, yang menerima bagi pihak komuniti OKU. Turut hadir wakil JPOKU, Salamatussaadah Abdul Ghafur, yang juga Ketua Penolong Pengarah JPOKU, JKMM.

“Saya gembira melihat organisasi seperti RMHC Malaysia tampil untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat OKU. Saya berharap lebih banyak organisasi akan turut memberi sokongan kepada golongan rentan ini,” kata Ras Adiba, Senator Dewan Negara yang mewakili golongan OKU dan juga Presiden Persatuan OKU. 



Sejak 1999, RMHC Malaysia telah menyumbang sebanyak 35 bilik terapi deria yang dikenali sebagai Bilik Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ditubuhkan di sekolah-sekolah dan pusat perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh Malaysia. 

RMSR adalah bilik terapi deria yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan sensori khusus untuk merangsang pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas dengan ransangan visual, bunyi dan muzik, bau dan tekstur. Terapi dan kemudahan di RMSR direka untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas membina kemahiran kognitif dan keyakinan diri. 

Sertai RMHC Malaysia untuk membantu anak-anak yang kurang bernasib baik di Malaysia. 

Untuk menderma atau menjadi sukarelawan RMHC Malaysia, sila hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia melalui talian 03-7843 3388 atau lawati https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ . - KitaReporters

0
0
1
0
0

Copy Link: