Terima kasih Idris Jusoh! Ibu tunggal anak 4 diberikan rumah
Published byHANYA air mata mengiringi tanda kesyukuran dan terima kasih kerana impian seorang ibu tunggal di Terengganu untuk mendapatkan sebuah rumah kediaman akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau menerima kunci rumah dalam satu majlis penyerahan pada Sabtu, 19 September 2020 lalu. : KitaReporters
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menyerahkan replika kunci kepada Rahayu Ahmad Ayuha.
Lagi cerita-cerita berkaitan ibu tunggal:
https://kitareporters.com/search?search=ibu+tunggal
Rahayu Ahmad Ayuha, 40, dari Kampung Tok Saboh, Kuala Besut tidak dapat menahan perasaan sedih dan hiba ketika diberi peluang untuk menyampaikan ucapan ketika menerima kunci rumah dalam satu majlis sederhana tetapi penuh bermakna dalam hidup ibu tunggal anak empat itu.
Perasaannya lebih tersentuh apabila majlis penyerahan kunci rumah tersebut dilakukan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin yang kebetulan dalam rangka lawatan ke daerah Besut.
Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi FELDA serta pengasas projek pembinaan Rumah Komuniti diberi penghormatan oleh Idris untuk melakukan majlis penyerahan replika kunci dan merasmikan rumah berkenaan.
Rahayu yang bekerja sebagai “runner” dalam
mood terharu menzahirkan penghargaan terima kasih kepada Idris yang menunaikan
permintaan beliau untuk mendapatkan sebuah rumah kediaman untuk keluarganya.
Mas Emieyati Samsudin bersama ahli keluarga Rahayu bergambar kenangan dalam Rumah Komuniti
Beliau yang berpisah dengan suaminya berasal dari Johor sudah lima tahun tinggal di rumah sewa dan terpaksa bekerja keras untuk membayar sewa selain menanggung empat anak.
“Saya tidak malu dan memberanikan diri berjumpa sendiri dengan Idris untuk memohon rumah berkenaan dan bersyukur permintaannya mendapat perhatian pemimpin tersebut,” katanya.
Rahayui bersama empat anak bergambar kenangan di hadapan rumah miliknya
Rumah Komuniti diilhamkan Idris ketika menjadi Menteri Pendidikan Tinggi dan mula dilaksanakan pada 2016 untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.
Pembinaan rumah tersebut menerusi kontraktor terpilih agak canggih kerana ia hanya mengambil masa dalam tempoh dua minggu untuk disiapkan.
Rahayu bersama replika kunci rumah
Rumah tersebut mengandungi tiga bilik termasuk satu bilik air, ruang dapur dan tetamu dibina dengan harga RM20,000 sebuah.
Idris yang menggunakan peruntukkan Ahli Parlimen bagi pembinaan rumah tersebut sehingga ini sudah 207 rumah berjaya disiapkan dan diagihkan kepada golongan miskin dalam Parlimen Besut.
Dalam perasaa sedih, Rahayu menceritakan sesuatu kepada Idris Jusoh
Mas Ermieyati yang kagum dengan konsep pembinaan rumah tersebut menerusi hantaran Facebook miliknya gembira kejayaan pembinaan Rumah Komuniti yang tidak ada di negeri lain.
Malah beliau yang berkongsi pengalaman dengan melihat sendiri rumah tersebut dan gembira dengan penghormatan untuk merasmikan berhasrat untuk membawa konsep pembinaan rumah seperti itu di kawasan Parlimen Masjid Tanah, Melaka untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan rumah di kawasan Parlimen yang diwakilinya. - KitaReporters