Akhirnya impian jadi nyata! Naomi Campbell jadi ibu pada usia 50 tahun! Lahirkan bayi perempuan
Published bySIAPA sangka model antarabangsa yang kini berusia 50 tahun ini mampu bergelar ibu selepas sekian lama mengidamkan kelahiran anak sendiri. - Kredit foto: rediff.com
MEMILIKI zuriat menjadi idaman setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan institusi kekeluargaan selain pengerat dalam hubungan.
Ada cepat,
ada lewat dan ada pula yang tidak dapat menimang cahaya mata meskipun sudah
berikhtiar pelbagai cara dan kaedah.
Hakikatnya kehamilan ketentuan daripada Yang Esa selain bergantung kepada tahap kesuburan. Namun, tidak mustahil meskipun umur sudah mencapai usia emas, ada individu mampu hamil dan melahirkan anak.
Lagi cerita-cerita berkaitan peragawati/model
Terbaharu model terkenal antarabangsa, Naomi Campbell dilaporkan selamat menimang cahaya mata sulungnya pada usia 50 tahun.
Perkongsian gembira
itu dimuat naik sendiri bekas model jenama pakaian dalam mewah, Victoria Secret
dalam Instagramnya @naomi.
Dalam
hantaran tersebut, peragawati kelahiran Streatham, South London memberitahu bahawa dia
baharu sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sambil berkongsi
sekeping foto menampakkan kaki kecil puteri kesayangannya itu.
“Si kecil
ini telah memilih saya sebagai ibunya. Saya berasa sangat dihormati kerana
diberi peluang untuk memiliki jiwa manis ini dalam hidup saya.
“Tiada kata-kata yang dapat saya ucapkan tentang ikatan kasih sayang antara saya dengan ‘malaikat’ kecil ini,” tulisnya dalam Instagram.
Bagaimanapun
wanita tinggi lampai itu tidak menyatakan lokasi dan tarikh sebenar si kecil
itu dilahirkan.
Memetik
laporan Mirror.com, Campbell kini dilaporkan tinggal bersama pasangannya di
Amerika Syarikat sejak awal tahun 2020 lalu ketika negara tersebut melaksanakan
perintah berkurung ekoran pandemik Covid-19.
Campbell
bersama pasangannya sangat bahagia selama tinggal bersama sejak awal kehamilannya
sehingga dia selamat melahirkan cahaya mata sulungnya itu.
Model yang
berasal asal Britain itu kini ini mula memikirkan tentang kehidupannya pada
masa hadapan sehingga membuatkan dia teringin untuk memiliki sebuah keluarga
bahagia.
Pada tahun 2017, Campbell dalam temu bual bersama UK’s Evening Standard memberitahu dia tidak pernah berhenti memikirkan untuk memiliki anak sendiri tetapi tidak tergesa-gesa ke arah itu.
“Saya sering memikirkan untuk memiliki anak, dan hari ini
dengan menggunakan teknologi saya fikir saya boleh memiliki sekiranya saya
mahu,”ujarnya.
Kini doanya
untuk menjadi ibu dan memiliki anak sendiri tercapai, semoga si kecil itu
menjadi anak yang baik dan mengikuti jejak juga menjadi model hebat.
Welcome Campbell junior… membesarlah jadi anak yang baik dan menyejukkan hati ibumu! - KitaReporters