Video| Pelik tapi benar! Wanita nekad kahwini diri sendiri! Terlalu sayangi diri! Takut dianiayai!

Published by
KitaReporters


MENUNGGU hari perkahwinan bagi meraikan dua hati menjadi satu adalah saat yang paling indah bagi setiap individu. Dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai pasti memeriahkan lagi majlis.

Namun bagi seorang gadis India, dia mengejutkan tanah airnya sendiri apabila mengumumkan untuk mengahwini diri sendiri atau istilahnya sologami

Sologami adalah perbuatan mengahwini diri sendiri dalam upacara umum, juga dipanggil sebagai autogami


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan


Memetik Times of India, Kshama Bindu, dari bandar Vadodara nekad mengahwini diri sendiri kerana tidak sanggup dirinya dianiayai sekiranya cintanya dikhianati.

Gadis berusia 24 tahun itu kini yang bergelar selebriti media sosial mempersiapkan dirinya sebagai mahu meraikan hari bahagianya pada 11 Jun 2022 nanti.

Malah kejadian yang berlaku merupakan kali pertama di Gujarat, India. 

Walaupun asing oleh masyarakat tempatan namun gadis cantik itu mengakui ibu bapanya merestui tindakan keputusannya dan menyatakan hasrat untuk menjadikan Goa sebagai pilihan bulan madunya.

Siswazah Sosiologi dari Universiti Garoda itu berkata dia terlalu menyayangi diri dan tiada perasaan untuk berkahwin dengan lelaki namun berhasrat untuk menjadi pengantin



“Situasi berkenaan membuatkan saya mengambil keputusan untuk mengahwini diri sendiri. Perkahwinan dengan diri sendiri adalah komitmen untuk ada di sisi untuk diri sendiri dan cinta tanpa syarat untuk diri sendiri. Orang berkahwin dengan orang yang mereka cintai.

"Saya sayangkan diri saya dan oleh itu terjadilah perkahwinan ini,” katanya lagi. 

Bindu kini sedang membuat persiapan majlis perkahwinannya yang lengkap mengikut adat agama Hindu dengan melakukan “feras” (tujuh pusingan yang dilakukan oleh pengantin perempuan dan pengantin lelaki mengelilingi api suci) dan memakai vermilion atau nama lainnya sindoor (serbuk merah yang digunakan semasa upacara keagamaan dan kebudayaan Hindu). 

Malah, dia juga sudah telah menyiapkan lima ikrar perkahwinan untuk dirinya sendiri.



Kongsinya lagi, perbezaan majlis perkahwinan dirinya yang biasanya majlis perkahwinan lain adalah ketiadaan pengantin lelaki selain barang-barang kemas yang selalunya diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. 

Dunia ini semakin pelik, apa salahnya sekiranya Bindu menggayakan baju pengantin dan bergambar bersama keluarga dan sahabat handai tanpa perlu melalui adat istiadat perkahwinan yang sebenar.

Semestinya kenangan tersebut lebih meriah dan indah untuk dikenang berbanding berdepan kutukan dan hinaan netizen.

Tapi inilah kelainan setiap insan bernama manusia, pasti ada sebab sendiri sehingga sanggup menggelarkan dirinya sologamy. Semoga Bindu bahagia dengan keputusan yang ditetapkannya. - KitaReporters


 

 

14
13
0
8
0

Copy Link: