Tak tahu password fon! 2 kanak-kanak hidup dengan mayat ibu!
Published byBAYANGKAN, kanak-kanak yang berusia 5 dan 7 tahun hidup sendirian tanpa ibu bapa di sisi selama seminggu. Apatah lagi sedang hidup di sisi mayat ibu mereka yang meninggal dunia tanpa pengetahuan orang dewasa. Aduh ngeri dan sedih sekali... tapi inilah yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan Amerika Syarikat:
https://kitareporters.com/search?search=Amerika+Syarikat
Perkara itu berlaku di sebuah kawasan perumahan Talty, Texas di Amerika Syarikat, apabila ibu angkat kepada dua orang kanak-kanak meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung.
Ibu angkat bernama Connie Taylor tersebut baru sahaja mengambil dua orang kanak-kanak berkenaan untuk duduk bersamanya kira-kira sebulan sebelum kematiannya.
Tragisnya bukan kepada cerita kematian ibu angkat tersebut, sebaliknya lebih kepada dua orang kanak-kanak berkenaan yang terpaksa hidup berduaan di samping mayat ibu angkat di dalam rumah agam.
Kedua-dua mereka tidak berjaya mendapatkan bantuan kerana tidak mengetahui kata laluan atau password telefon yang telah ditetapkan oleh ibu angkat mereka.
Bayangkan rumah sebesar ini hanya didiami dua orang kanak-kanak berusia 5 dan 7 tahun secara sendirian, hanya ditemani jasad ibu yang telah pun meninggal dunia. Bagaimana mereka mampu hidup berdikari sehingga seminggu?
Cerita ini diketahui umum hanya selepas guru sekolah mereka datang ke rumah berkenaan untuk mencari jawapan kenapa kanak-kanak tersebut ponteng sekolah.
Guru sekolah berkenaan terasa pelik, dua anak muridnya itu tidak datang ke sekolah berhari-hari. Ini membuatkan hati seorang guru tidak keruan dan bertindak mahu terus ke rumah kanak-kanak berkenaan.
Forney Independent School District, sekolah dua kanak-kanak tersebut.
Akhirnya guru berkenaan, Kristen Zastoupil menemui jawapannya dengan menjumpai mayat tersebut yang telah berusia seminggu di dalam rumah.
Ketika hayat ibu ini, dia sering kali berkomunikasi dengan Kristen melalui mesej. Apabila mesej tidak disapa, guru berkenaan rasa tidak sedap hati.
Menurut sumber, kanak-kanak berkenaan langsung tidak mengenali siapa jiran tetangga mereka. Ini menyebabkan mereka takut untuk meminta bantuan.
Mereka bersyukur apabila guru mereka sendiri datang membantu dan menyelesaikan misteri ini. - KitaReporters