BERIKUTAN norma baharu yang diperkenalkan sejak kedatangan Covid-19 di negara kita, ramai dalam kalangan kita hanya ‘berkampung’ di rumah bagi mengurangkan aktiviti di luar. Situasi itu juga mewujudkan budaya baharu kepada ketua keluarga khususnya suami untuk keluar membeli keperluan keluarga tanpa isteri. : KitaReporters


Suami membeli belah mengikut senarai barangan yang diberikan oleh isteri. - Kredit foto: Malaysia Gazette


Lagi kisah-kisah berkaitan suami isteri:

https://kitareporters.com/search?search=suami+isteri


Malah dengan ‘tugas’ baharu yang dipikul ketua keluarga timbul pelbagai cerita kelakar termasuklah ke pasar untuk membeli keperluan rumah.

Kisah sama turut berlaku kepada seorang suami muda apabila ‘patuh’ dengan tanggungjawab berkenaan bagi membeli keperluan seisi keluarga.



Kisah lucu yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @Fazrulazreen yang berdepan detik mendebarkan ketika dia mahu membeli keperluan untuk keluarganya.

Lebih mengejutkan ketika tiba di pasar raya, dia terkedu melihat senarai barangan yang perlu dibeli, namun pening kerana langsung tidak memahami tulisan yang ditulis oleh isterinya.

Alamak! camne ni?

Tanpa membuang masa dia  terus mengirimkan pesanan kepada isterinya untuk ‘menterjemahkan’ semula nota berkenaan.

Malah dengan beraninya dia mengaku hanya satu tulisan yang dia faham, manakala selebihnya dia pening untuk mencuba.

Lihatlah nota ni! Siapa boleh terjemahkan?


PESANAN yang ditulis oleh isteri membuatkan si suami panik kerana langsung tidak faham. - Kredit Foto twitter @fazrulazreen.


Namun lelaki itu bernasib baik kerana isterinya sangat baik dan sanggup menaip semula semua barangan yang dikirim untuk  dibeli.

Hahaha… hanya si dia sahaja tahu tulisan berkenaan.

Malah selesai menerima pesanan berkenaan si suami itu terus memohon isteri supaya menaip sahaja pesanan pada telefon untuk pembelian akan datang.


MEMINTA isterinya supaya tidak lagi menulis pesanan di nota sebaliknya terus membuat pesanan menerusi telefon bimbitnya.


Melihat kepada ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan kisah lucu yang dilalui pasangan muda itu dan ramai pengikut sama-sama cuba meneka barangan yang kirim oleh isteri Fazrul.

Malah dengan selamba Fazrul yang memuat naik kisah itu meminta netizen meneka pekerjaan isterinya.

Hasil penelitian, rupanya isteri Fazrul merupakan seorang doktor.

Patutlah tulisan sedemikian, rupanya doktor!!!!!!

Semoga Fazrul terus berjaya menjadi ketua keluarga yang baik dan tiada lagi adegan panik di pasar raya selepas ini. 

Lagi pun dia telah meminta isterinya supaya membuat pesanan menerusi pesanan dan bukan lagi seperti ‘warkah cinta’ yang diterima sebelum ini. - KitaReporters

1
1
0
10
0

Copy Link: