WANDA Wulandari bersanding bersendirian selepas Mohammad Riski Dalagan menghilangkan diri pada hari majlis pernikahan pada 7 Februari 2022. - Kredit foto: SCTV


NAMA pengantin lelaki, Muhammad Riski Dalagan, 23, dari Kabupaten Dompu, Nusa Tenggara Barat (NTB) viral dalam media sosial akibat melarikan diri ketika majlis pernikahannya dengan Wanda Wulandari, 19, yang berlangsung pada 7 Februari 2022 lalu.

Namun kini berjanji untuk bernikah dengan kekasihnya yang sedang hamil lima bulan itu dalam masa terdekat ini.

Hal ini dipersetujui, setelah pihak polis mengadakan rundingan untuk menyelesaikan konflik itu antara keluarga Riski dan Wanda.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan

WANDA Wulandari  pada hari persandingan. - Kredit foto: Tribunnews.com 


Dalam perundingan yang dilakukan oleh pihak polis Dompo pada Jumaat 11 Februari 2022 lalu, kedua-dua keluarga pihak terbabit bersetuju mencari jalan terbaik untuk menikahkan pasangan kekasih berkenaan, walaupun majlis perkahwinan Wanda yang bersanding bersendirian telah diadakan baru-baru ini.

memetik laporan Detikcom pada 11 Februari 2022, Ketua Polis Dompo, AKBP Iwan Hidayat telah berunding dengan keluarga terbabit sebelum solat Jumaat.

Iwan berkata, pihaknya tidak mengetahui bila tarikh baharu pernikahan itu bakal diadakan tetapi yang penting mereka akan bernikah secara sah.


MUHAMMAD Riski Dalagan. - Kredit foto: Tribunnews.com


‘’Sekurang-kurangnya Riski mahu bertanggungjawab terhadap Wanda yang sedang mengandung itu hasil daripada hubungan mereka,  

“Kalaulah pernikahan sepasang kekasih itu sengaja dilewatkan kemungkinan menimbulkan pelbagai masalah yang bakal berlaku dengan kedua-dua pihak itu tetapi saya percaya mereka akan melakukan ikatan perkahwinan yang sah antara Riski dan Wanda dalam masa terdekat ini,” katanya.


GAMBAR Wanda tersebar dalam media sosial selepas dia gagal berkahwin dengan Riski yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan. - kredit foto : Tribunnews.com


Sebelum itu, viral dalam media sosial tentang Wanda yang terpaksa bersanding bersendirian tanpa pengantin lelaki selepas Riski menghilangkan diri pada majlis pernikahannya pada 7 Februari 2022 lalu di Kelurahan Monta Baru, Kecamatan Woja, Kabupaten Dompu.                          

Dipetik Walipop pada 9 Februari 2022 lalu melaporkan, kisah pengantin wanita yang ditinggalkan calon suaminya telah mendapat simpati dan komenter dalam kalangan netizen setelah videonya dimuat naik oleh akaun Facebook Princes Princes Imah.


 


Di video selama 14 saat itu, dilihat pengantin wanita (Wanda) menangis tersedu-sedu kerana bersanding bersendirian tanpa pengantin lelaki selain ternampak beberapa wanita sedang berusaha mententeramkan Wanda itu yang berada dalam situasi sedih serta memalukan.

Dalam suasana pilu serta sedih, Wanda yang sedang  menangis itu sambil melayan tetamu yang diundang  berada seorang diri di atas pelamin tanpa kehadiran Riski yang tidak diketahui dimana dirinya berada kerana Wanda tidak dapat menghubunginya.

‘’Awalnya, saudara Riski meminta pernikahan mereka tidak dibuat secara besaran seperti hari itu, tetapi kehendak dia (Riski) keluarga Wanda tidak dituruti atau dengar menyebabkan dia merasa kecewa lalu merajuk.

‘’Riski kalau boleh majlis pernikahan mereka diadakan secara kecilan yang hanya dihadiri ahli keluarga terbabit sahaja,’’ kata Iwan.


Kredit foto: Tribunnews.com



Akibatnya, Ketua Polis itu berkata, Riski telah melarikan diri ketika majlis pernikahannya yang diadakan pada hari yang telah ditetapkan itu.

Manakala Wanda yang sudah siap berpakaian pengantin walaupun tidak menikah pada hari itu, akhirnya terpaksa melayan para tetamu yang dijemput di atas pelamin seorang diri tanpa  orang tersayang.

Sementara itu, Wanda berkata, sebelum pernikahan diadakan itu Riski pernah meminta pernikahannya ditangguhkan kerana dia ingin memasuki Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Menurut Wanda, Selama ini Riski tidak mahu menikah dengannya seikhlas hatinya dengan pelbagai alasan walaupun Wanda sudah hamil anak Riski dengan kandungan lima bulan.


 

WALAUPUN gagal berkahwin Wanda terpaksa meneruskan majlis perkahwinan bersendirian kerana tetamu serta sahabat handai sudah dijemput. - Kredit foto: Tribunnews.com



“Riski hanya mahu menikah saya melalui status pernikahan siri yang dia tidak mahu diadakan secara besaran atau meriah.

“Dia pernah cerita sama saya, kerana dia tidak mahu nikah secara rasmi dan dia tidak mahu menikah dengan undangan atau sahabat handai secara besaran kerana dia mahu menjadi tentera dahulu,’’ kata Wanda.

Bagaimanapun, keluarga Wanda tidak bersetuju dengan cadangan Riski kerana Wanda itu sudah mengandung lima bulan yang sepatutnya pernikahan mereka dipercepatkan. - KitaReporters



SEBAHAGIAN tetamu yang diundang hadir pada majlis pernikahan Wanda pada 7 Februari 2022. - Kredit foto: SCTV

 

14
16
1
12
0

Copy Link: