Ibu gali lubang, terowong! Cuba bebaskan anak dari penjara!
Published byGARA-GARA terlalu sayangkan anaknya, seorang wanita Ukraine sanggup menggadai nyawa dan melakukan perkara menyalahi undang-undang demi menyelamatkannya anaknya yang berada di dalam penjara. Usaha wanita berusia 51 tahun dan berasal dari kota Nikoleav itu hanyalah sia-sia setelah ditangkap apabila didapati menggali lubang dan membina terowong bawah tanah berhampiran dinding penjara. : KitaReporters
Lubang yang digali untuk membina terowong ke arah penjara. -Kredit foto: Oddity Central
Portal Oddity Central melaporkan wanita yang tidak disebutkan namanya itu telah menyewa sebuah rumah berhampiran penjara tempat anaknya menjalani hukuman seumur hidup kerana membunuh.
Setiap malam, wanita itu menunggang skuter elektrik ke padang dan melakukan kerja menggali terowong dari situ. Dia turut membawa troli yang diubah suai untuk mengeluarkan sisa tanah dari terowong berkenaan.
Difahamkan, wanita berkenaan hanya keluar dari rumah pada waktu malam bagi mengelak dirinya dikenali jiran dan penduduk setempat dan telah melakukan kerja itu secara senyap selama tiga minggu.
Dia berjaya menggali terowong sepanjang 10 meter dengan kedalaman kira-kira 0.3 meter ke arah kawasan penjara dan ia hampir siap namun ianya terhenti setelah ditemui dan ditangkap pihak berkuasa penjara.
Dari luar penjara yang menempatkan anak wanita terbabit.
Bagaimanapun, melalui sumber berita tempatan lain turut melaporkan
dalam tempoh tiga minggu itu juga, wanita berkenaan sudah memindahkan tiga tan
tanah ke garaj terbengkalai di kawasan berhampiran.
Lebih terbukti lagi apabila alat menggali yang digunakan dijumpai
di dalam rumah sewa dan sejurus itu baharulah wanita itu mengakui kesalahannya
yang berusaha keras untuk melarikan anaknya.
Walaupun secara teknikalnya dia melakukan kejahatan, namun tindakan wanita itu telah mendapat pujian daripada penduduk Ukraine.
Pulak? Boleh begitu? - KitaReporters