Empat sahabat cacat penglihatan bergandingan antara satu sama lain dengan rakannya di hadapan sebagai pemandu dengan menggunakan tongkat untuk mengetahui jalan yang mereka lalui.


INDIVIDU Orang Kelainan Upaya (OKU) mempunyai naluri dan tanggungjawab dalam menjalani kehidupan harian mereka seperti mana golongan yang normal. Cuma cara dan kaedah berlainan sesuai dengan tahap kecacatan dialami.

Selain berusaha mencari nafkah menyara kehidupan diri atau keluarga bagi yang sudah mempunyai tanggungan masing-masing, OKU beragama Islam tidak terkecuali menunaikan kewajipan beribadah termasuk solat lima waktu dan solat Jumaat di masjid.

Bagi empat lelaki OKU sahabat baik yang mengalami kecacatan penglibatan selain menjalani kehidupan harian mereka juga turut bersama melakukan ibadah solat di masjid termasuk solat Jumaat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan OKU


Seorang lelaki baik hati membantu empat lelaki kelainan upaya cacat penglihatan menyeberangi jalan di sebuah jalan yang sibuk untuk mereka pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat. - Kredit foto: Video TikTok @opetta.


Lelaki yang membantu empat sahabat cacat penglihatan menyeberang jalan untuk ke masjid terpaksa mengangkat tangan sebagai isyarat supaya memberi laluan kepada pengguna kenderaan di sebatang jalan utama yang sentiasa sibuk.


Melalui sebuah video yang viral dalam beberapa media sosial diIndonesia pada Jumaat 2 April 2021 memperlihatkan empat lelaki sahabat karib cacat penglihatan sanggup berpegangan antara satu sama lain semata-mata untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Mereka beredar dari tempat tinggal dan menuju ke masjid dengan berjalan kaki secara berpegangan bahu antara satu sama lain di sebatang jalan utama yang sibuk dengan pelbagai kenderaan dari motosikal hinggalah bas dan kereta.

Video yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok oleh akaun yang menggunakan nama @opetta dirakam melalui tingkat atas bangunan sebuah masjid telah menjadi perhatian ramai dan ada antara mereka menitiskan air mata semasa menontonnya .

Menurut perakam video, beliau melihat dari jauh tingkah laku empat lelaki buta berkenaan berjalan dalam satu barisan menuju ke masjid dalam keadaan jalan yang sibuk dengan kenderaan waktu itu.

Lelaki OKU berkenaan kelihatan memegang bahagian bahu masing-masing antara orang kedua hingga keempat, manakala yang berada di hadapan membawa tongkat bertindak sebagai pemandu mencari jalan yang bakal mereka lalui.



Disebabkan keadaan jalan agak sibuk waktu itu, keempat-empat lelaki OKU cacat penglihatan berkenaan berhenti sebentar untuk memastikan jalan tidak dilalui kenderaan bagi membolehkan mereka melintas.

Bagaimanapun kelihatan muncul seorang lelaki yang juga hendak ke masjid segera menghampiri mereka. Dengan segera dia memimpin lelaki buta yang di hadapan bersama tiga orang lagi rakannya lalu melintas jalan sambil melambai ke arah pengguna/pemandu kenderaan sebagai isyarat supaya memberi laluan hinggalah semuanya mudah menuju ke masjid.

Sementara itu, di seberang jalan kelihatan seorang lelaki membantu mengawal lalu lintas hingga lelaki buta yang dipimpin oleh individu baik budi itu dapat melintas dengan selamat untuk terus ke masjid menunaikan solat Jumaat.

Beliau juga mencatatkan coretan pada video berkenaan dengan mengucapkan terima kasih kepada individu budiman yang memberi pertolongan kepada empat lelaki OKU cacat penglihatan melintas jalan dan dia menyifatkan lelaki tersebut sebagai ' orang baik' suka menolong mereka dalam kesulitan.


Seorang lelaki budiman sudi membantu empat sahabat karib yang cacat penglihatan melintas jalan menuju ke masjid solat Jumaat.


Malahan, katanya, walaupun antara mereka sering memerlukan antara satu sama lain, mereka tidak melupakan solat Jumaat di masjid.

"Mereka selalu bekerjasama dan berganding bahu seperti ini untuk memudahkan ke masjid," ujarnya.

Video yang tiba-tiba viral dan mencuit perasaan ramai ini hingga ada yang menitiskan air mata sebenarnya memberi pengajaran bahawa mereka yang dilahirkan dengan fizikal pancaindera lengkap perlu sentiasa bersyukur dan tidak mengabaikan solat.

Sedarlah bahawa individu OKU sekalipun tidak dapat melihat keindahan dunia tetapi diberi kelebihan oleh Allah indahnya ibadah yang diwajibkan sebagai bekalan pada hari kemudian.

Sehubungan itu, ingatlah semua kita yang dikurniakan Allah dengan sempurna fizikal pancaindera gunakanlah dengan sebaik mungkin. Syukurilah segala nikmat diterima.

Mereka yang tidak sempurna fizikal masih boleh tersenyum melaksanakan perintah pencipta-Nya. Bagaimana pula dengan kita yang sempurna fizikal.

"Ya Allah ampunilah kami atas segala yang telah berlalu, semoga kami tidak lagi meninggalkan suruhan-Mu." - KitaReporters


Empat sahabat cacat penglihatan setia menelusuri  sebatang jalan jalan untuk ke masjid menunaikan solat Jumaat.


Seorang lelaki yang bersimpati menghulurkan tangan membantu empat lelaki cacat penglihatan menyeberang jalan yang sibuk untuk menuju masjid.

6
2
8
1
2

Copy Link: