RAMAI yang berusaha keras menurunkan berat badan. Rata-rata tidak yakin dengan penampilan diri apabila nampak bentuk badan sudah berubah. Sedangkan puncanya daripada gaya hidup sendiri yang kurang sihat. Pengambilan gula yang tinggi dan lemak serta garam berlebihan membuatkan badan semakin membesar. : KitaReporters

Perubahan bentuk badan Gemma yang cukup ketara. -Kredit Foto: Wolipop.Detik.Com


Lagi cerita-cerita berkaitan diet:

https://kitareporters.com/search?search=diet


Berdiet adalah salah satu cara yang dapat membantu menurunkan berat badan tetapi ramai juga yang gagal… malahan tersasar jauh bila memikirkan menu dan hidangan sedap-sedap ada di kedai-kedai hipster berdekatan.

Namun bagi wanita bertuah, Gemma Brockway berusia 33 tahun berasal dari Liverpool yang mempunyai berat badan kira-kira 190 kg, berjaya menurunkan berat sebanyak 108 kg. Bayangkan bentuk badannya kini yang hanya tinggal 82 kg sahaja. Pasti dia melalui pengalaman sukar untuk mengawal pemakanan…

Terdahulu, berdasarkan lama sesawang Liputan06.com, Gemma mengakui bahawa dia selalu ingin bunuh diri kerana tertekan dengan bentuk badan yang terlalu besar dibandingkan dengan teman-teman lain.

Namun, katanya setelah bertemu dengan seorang jejaka, bernama Phil, segalanya telah berubah apabila dia mempunyai semangat dan tekad luar biasa untuk berusaha keras menurunkan berat badan.

Gemma ketika mempunyai berata badan mencecah 190 kg


"Saya telah sampai pada saat di mana berputus harapan dan merasakan tidak mahu hidup lagi kerana berat badan yang membuatkan saya cukup sengsara. Namun saya berhenti untuk berfikir tentang bunuh diri apabila mendapat pesanan daripada seorang rakan yang memberikan kata-kata semangat, sekali gus menyelamatkan nyawa saya," katanya.

Sementara itu, Gemma yang sudah mengurangkan hampir separuh daripada berat badan asalnya bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan pencapaiannya.

Gemma bersama Phil (kanan) yang sudah semakin kurus hasil mengamalkan pemakanan sihat.


“Kini berat saya sudah tinggal 82 kg tetapi masih tidak yakin terutama ketika fikiran memikikan perlu menanggalkan atau menukar pakaian di hadapan suami nanti. Saya akan berkahwin pada tahun 2021 dengan jejaka pilihan sendiri dan masih memikirkan malam pertama itu. Rasa seperti tidak mahu menanggalkan pakaian.

“Walaupun sudah kurus berbanding dahulu, sebenarnya saya tidak suka melihat kulit yang menggeleber dan longgar akibat penurunan berat badan yang drastik,” katanya.

Walaupun gemuk, Gemma tetap kelihatan comel.


Dalam pada itu, Gemma turut berkongsi kisahnya menurunkan badan dengan memulakan diet yang serius.

"Saya memulakan diet pemakanan yang berat dan serius apabila bertemu dengan Phil yang juga telah kehilangan banyak berat badan. Hasil pertemuan itu kami merasakan ia cukup serasi untuk kami sama-sama berkongsi rasa dan pengalaman untuk kelihatan lebih kurus.

“Phil, mempunyai berat badan berlebihan iaitu kira-kira 292 kg dan kini berat badannya sudah tinggal 95 kg. Phil sendiri menurunkan berat badan dengan cara tanpa makanan segera, daging dan mentega, namun ada menjalani pembedahan membuang kulit berlebihan.

“Daripada situ bukan sahaja saya giat berdiet malah kami menjadi teman rapat dan ianya menggembirakan. Sememangnya dia membuatkan saya tidak sabar untuk berkahwin tetapi saya tetap dengan pendirian tidak membiarkan dia melihat saya tanpa pakaian kerana masih belum bersedia.

Hasil pertemuan dalam laman sosial Facebook, Gemma dan Phil jatuh cinta dan kedua-duanya saling menyokong untuk menurunkan berat badan.

Terkini, Gemma turut meminta bantuan daripada doktor bagi menjalani pembedahan pintasan gastrik kerana kehilangan berat badan yang banyak. Malahan dia turut mendapat khidmat nasihat instruktor di gimnasium untuk melakukan senaman berkala. - KitaReporters

0
2
0
0
0

Copy Link: