Babi betul! Wanita cedera disondol babi hutan ketika pergi raban ayam! Terkepung sebab banjir
Published bySEORANG wanita mengalami detik cemas apabila disondol seekor babi hutan ketika rumahnya di Kampung Batu Sawar, Bukit Besi, Dungun, Terengganu terkepung oleh air banjir. Noor Rila Wati Othman, 54, menganggap pengalaman mengerikan itu tidak akan dilupakan kerana ia amat menakutkan dan pertama kali berlaku ke atas dirinya. : KitaReporters
Noor Rila Wati Othman menceritakan sesuatu kejadian yang menimpa dirinya kepada Ghazali Sulaiman
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan babi:
https://kitareporters.com/search?search=babi
Kejadian berlaku pada 10 Januari 2021 ketika beliau ke reban ayam untuk mengambil telur untuk dijadikan lauk sewaktu terkepung banjir pada minggu lalu.
Katanya,
ketika itu
rumah beliau tidak dinaiki air, tetapi
tidak boleh ke mana-mana kerana terputus hubungan apabila jalan utama yang
menghubungkan ke Bukit Besi dan juga ke Dungun tidak boleh dilalui.
Beliau berkata, semasa pergi ke reban untuk mengambil telur ayam tidak disangka babi tersebut ada di bawah rumah.
Ghazali (dua dari kiri) turut menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada salah seorang penduduk Kampung Batu Sawa, Bukit Besi, Dungun
“Saya panik apabila terlihat babi yang begitu besar dan tidak tahu berbuat apa-apa apabila haiwan tersebut meluru menyondol perut saya dan dengan pantas cuba mengelak yang mengakibatkan saya mengalami luka pada pergelangan tangan," katanya.
Berikutan kejadian itu, dia
kemudiannya segera menelefon Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung
(MPKK) Kampung Batu Sawar, Khaziman Khalik bagi mendapatkan bantuan membawanya
dengan pacuan empat roda bagi mendapatkan rawatan segera di Klinik Felda
Jerangau.
“Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius dan dirawat sebagai pesakit luar sahaja pada kejadian yang menimpa dirinya,” katanya.
Ghazali Sulaiman
Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman yang bersimpati dengan nasib wanita tersebut turut menziarahi mangsa ini di kediamannya bagi menyampaikan sedikit sumbangan banjir pada 12 Januari 2021.
Katanya, kejadiann itu mungkin
dianggap kecil kepada setengah pihak tetapi bagi mangsa ia satu sejarah yang
mungkin sukar dapat dilupakan. - KitaReporters