Baru-baru ini usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dikatakan terlibat dalam kemelut dan kontroversi masalah keluarga arwah Abam Bocey, yang menjadi tatapan umum. Bagaimanapun kini, nama Aliff sekali lagi kecoh dalam media sosial atas dakwaan mendera anak angkatnya yang berusia dua tahun. : KitaReporters

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat pihaknya menerima laporan daripada seorang pembantu rumah warga Indonesia pada 3.55 petang pada Sabtu, 29 Februari 2020.

"Dalam laporan tersebut suspek (Datuk Aliff) dikatakan telah mendera anak angkat perempuan yang berusia dua tahun.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihak polis akan memanggil saksi-saksi berkaitan dengan kes," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis, 5 Mac 2020.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, memetik laporan berita tempatan, kejadian berkenaan didakwa berpunca kerana usahawan itu yang dikatakan berang apabila anak angkatnya tidak memberi kerjasama baik ketika rakaman video dibuat.

Sejak semalam Rabu, 4 Mac 2020, tular dalam media sosial gambar kesan lebam pada tubuh anak angkatnya sebelum laporan polis dibuat.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap khabar berkenaan dan bersimpati pada kanak-kanak itu.

Menerusi akaun Insta Story Aliff, beberapa gambar dan video bersama anak dan anak yatim turut disiarkan.

Apapun kita tunggu sahaja keputusan siasatan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, para netizen perlu mengelak daripada membuat komen-komen melampau dan tanpa fakta, sehinggalah hasil siasatan diumumkan. - KitaReporters

3
1
2
2
9

Copy Link: