KALAU KE BESUT CARI 'RATU SAMPAH" AZMAIZAN
Published byJIKA anda berkunjung ke Bukit Keluang atau Gunung Tebu, Besut dan ternampak kelibat seorang wanita muda bersama beberapa rakan mengutip sampah sambil mengisi ke dalam supit hitam jangan menganggap dia wanita tidak siuman. : KitaReporters.com
Aksi Azmaizan (dua dari kiri ) bersama Geng Supit Hitam di puncak Gunung Tebu, Besut, Terengganu.
Sebaliknya, penampilan seorang ibu muda muncul dalam khalayak ramai dengan membawa supit hitam sambil mengutip sampah yang ditinggalkan orang ramai terutama pelancongan yang beriadah di kawasan pusat rekreasi sekitar daerah Besut, Terengganu menarik perhatian pengunjung.
Tidak ramai wanita sanggup melakukan kerja mengutip sampah secara sukarela malah terpaksa bekorban masa meninggalkan anak dan keluarga pada setiap hujung minggu semata-mata kerana minat dan cintakan kebersihan alam sekitar.
Azmaizan Arshad, 34, dari Kampung Pak Damalik, Alur Lintah, Jertih, Terengganu, menjadikan hujung minggu atau cuti umumsebagai rutin kehidupan berada di lokasi pusat pelancongan sekitar daerah Besut untuk beramal dengan mengutip sampah yang dibuang merata tempat oleh pelancong.
Orang ramai mungkin menganggap itu kerja gila dan sia-sia, tetapi bagi Azmaizan atau lebih dikenali dengan panggilan “Ije” dia sanggup melakukan kerja seumpama itu kerana ia sebahagian aktiviti sosial.
Bagaimanapun, Ije tidak keseorangan melakukan aktiviti amal
itu sebaliknya, dia bersama 10 wanita dan remaja lain menyertai aktiviti
mengutip sampah dengan ahli kumpulan dikenali “Geng Supit Hitam”.
Geng Supit Hitam ditubuhkan pada 2016 di mana beliau sebagai
pengasas kini mempunyai 30 ahli mewakili remaja lelaki dan perempuan yang
menjalankan aktiviti mengutip sampah di pusat pelancongan sekitar daerah Besut
dan Setiu.
Katanya, kumpulan itu sering menjalankan aktiviti di pusat
pelancongan Bukit Keluang, Pulau Rhu dan Gunung Tebu di Besut dan Gunung Sarut di Setiu yang
sering menjadi tumpuan pelancongan dari dalam dan luar negeri terutama pada
hujung minggu dan cuti umum.
Aksi Azmaizan bersama supit hitam di puncak Bukit Keluang, Besut
“Saya tidak malu melakukan kerja mengutip sampah, sebaliknya menganggap ia satu tanggungjawab sosial,” katanya.
Malah, ibu muda kepada tiga anak itu tidak malu apabila
orang ramai menyebutnya wanita sampah ketika berhadapan dengan khalayak di
lokasi pelancongan.
Beliau berkata, walaupun ada 10 wanita menyertai kumpulan
itu, tetapi hanya beliau yang paling aktif turun padang bersama rakan lain sama
ada mendaki gunung, bukit dan meredah laut untuk menjalankan aktiviti amal
berkenaan.
“Saya gembira kerana suami amat memahamai kegemaran ini dan
memberi semangat untuk meneruskan kerja sukarela itu bersama ahli kumpulan
lain,” katanya.
Azmaizan selepas menjalankan aktiviti mengutip sampah
Ije memberi pos istimewa ketika berada di puncak Bukit Keluang, Besut
Ije berkata, kumpulan Geng Supit Hitam yang dianggotainya kini dikenali ramai kerana khidmat sosial yang sering dilakukan dan pernah mendapat pengiktirafan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Katanya, untuk menjadi ahli kumpulan peserta mestilah mempunyai semangat kental, sanggup menghadapi pelbagai cabaran termasuk mendaki bukit, gunung dan meredah laut selain sedia menjalankan khidmat sukarela.
“Kami melakukan kerja secara sukarela tanpa mendapat imbuhan daripada sesiapa, tetapi jika ada pihak yang bermurah hati ingin membantu menyediakan supit hitam, adalah dialu-alukan,” katanya. - KitaReporters.com