Hukum sebat 100 kali kerana khalwat! Pemuda, isteri orang meraung kesakitan semasa kena sebat
Published byLELAKI yang didapati bersalah mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang disebat sebanyak 100 kali di Stadium Tunas Bangsa, Mon Geudong, Kecamatan Banda Sakti pada 6 Februari 2021. - Kredit foto: Kompas com.
PASANGAN kekasih membabitkan seorang pemuda dan wanita berstatus isteri orang meraung kesakitan sambil merayu hukuman 100 sebatan yang dikenakan kepada mereka kerana kesalahan berkhalwat dihentikan pada 6 Februari 2021 lalu.
Hukuman sebatan rotan terhadap mereka dilaksanakan di khalayak ramai di Stadium Tunas Bangsa, Mon Geudong, Kecamatan Banda Sakti, Aceh apabila mendapati pasangan terbabit bersalah melakukan perbuatan terkutuk.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan khalwat:
https://kitareporters.com/search?search=khalwat
PEMUDA serta wanita yang berstatus isteri orang akan dikenakan hukaman 100 kali sebatan akibat ditangkap berkhalwat. - Kredit Foto : Kompas com.
Ketika hukuman rotan dijalankan ke atas pasangan kekasih itu masing-masing tinggal di Lhokseumawe, Banda Sakti merayu meminta hukuman tersebut dihentikan kerana mereka telah insaf serta mereka tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu pada masa akan datang.
``Saya sudah insaf, saya sudah taubat, saya akan minta ampun dengan Allah dan saya janji tidak akan melakukan perbuatan itu,’’ kata wanita itu yang sudah mempunyai tiga orang anak selepas dirotan berpuluh kali.
Bagaimanapun, portal Kompas com dipetik melaporkan Mahkamah
Syariah Lhokseumawe tetap meneruskan hukuman sebatan sehingga mencukupi 100
kali setiap seorang selepas mendapati pemeriksaan kesihatan mereka baik.
Menurutnya, semasa hukuman sedang berlangsung pemuda berkenaan yang masih bujang beberapa kali meminta sebatan ditubuhnya dihentikan, manakala wanita itu pula meraung dan menangis sekuat hatinya supaya hukuman itu tidak diteruskan lagi.
Ketua Hakim Mahkamah Syariah itu, Mukhlis berkata adalah menjadi kesalahan Undang-Undang Syariah Islam di negeri itu bahawa pasangan yang bukan mahram tetapi melakukan hubungan sulit akan disabitkan kesalahan yang membawa hukuman denda 100 kali sebatan.
Beliau berkata mereka yang ditangkap berkhalwat serta melakukan hubungan sulit selain mempunyai bukti yang kukuh akan dikenakan sebatan di khalayak ramai supaya perbuatan yang dilarang oleh agama Islam itu dapat menjadi pengajaran terhadap orang ramai.
WANITA yang masih isteri orang dikenakan hukuman 100 kali sebatan di khalayak ramai. - Kredit Foto : Kompas com.
``Sepatutnya wanita itu berfikir panjang sebelum melakukan perbuatan maksiat kerana dia sudah mempunyai suami serta anak yang seharus diberi perhatian untuk keluarganya.
``Lelaki itu pun sedemikian juga tidak sewajarnya mengoda isteri orang kerana masih ramai lagi wanita lain yang boleh dijadikan isterinya yang sah selepas berkahwin,’’ katanya.
Mukhlis memberitahu, walaupun pandemik Covid-19 masih melanda di negara Repukblik Indonesia tetapi hukuman itu tetap diadakan dan ia berjalan lancar dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. - KitaReporters