Tolong kami! Bantu Afghanistan! GPM, MVM seru hulur lebih banyak bantuan! Musim sejuk nak tiba!
Published byPasukan GPM menghulurkan keperluan asas kepada rakyat Afghanistan dalam misi meringankan beban rakyat di negara Asia Tengah itu. - Kredit foto-foto: Ihsan GPM
MELIHAT kesengsaran dan penderitaan yang terpaksa dilalui saudara sesama Islam yang menderita akibat pergolakan di Afghanistan, Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) terpanggil untuk membantu meringankan beban masyarakat di sana.
Terbaharu, sejumlah 60 tan keperluan makanan asas berjaya diagihkan kepada hampir 5,000 orang rakyat Afghanistan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bantuan kemanusiaan
Warga emas menzahirkan rasa teruja selepas menerima bantuan keperluan asas di pusat agihan barang di Herat, Afghanistan.
Ketua Pegawai Operasi GPM, Syahrir Azfar Saleh berkata, antara penerima bantuan ialah ibu tunggal, anak yatim, keluarga fakir miskin serta mangsa peperangan yang berada di Kabul, Logar, Nangarhar, Kunduz, Mazar Sharif dan Herat.
“Sehingga pertengahan tahun 2021, sejumlah 18.4 juta rakyat Afghanistan memerlukan bantuan kemanusiaan segera.
“Lebih menyedihkan hampir separuh daripada populasi kanak-kanak di bawah umur lima tahun bakal berhadapan masalah malnutrisi,” katanya.
Kata Syahril lagi, petugas Kemanusiaan GPM dan MVM yang masih berada di Afghanistan hampir tiga minggu, telah menyerahkan sendiri sumbangan rakyat Malaysia kepada penerima manfaat.“Namun begitu, bilangan mereka yang masih memerlukan adalah lebih besar,” ujarnya.
Sumbangan gandum di Pusat Pengajian dan Rumah Pelindungan Anak-anak Yatim Ihya’ Ulum yang terletak di Herat, Afghanistan
Dilaporkan sehingga pertengahan tahun 2021, sejumlah 18.4 juta rakyat Afghanistan memerlukan bantuan kemanusiaan segera.
“Satu daripada tiga orang rakyatnya tidak tahu bila juadah makanan berikutnya akan dapat mereka nikmati. Lebih menyedihkan lagi sejumlah hampir separuh daripada populasi kanak-kanak di bawah umur lima tahun bakal berhadapan dengan malnutrisi akut,” katanya.
Tambah Syahril lagi, keadaan ekonomi yang ditadbir oleh kerajaan sementara Taliban kini semakin meruncing, apabila keluarga yang kehilangan ketua keluarga akibat meninggal dunia mahupun terbunuh semasa konflik yang berlaku semakin ramai.
Malah, ramai rakyat Afghanistan yang kehilangan pekerjaan menambahrumitkan lagi keadaan.
Persiapan barangan keperluan yang disusun hasil sumbangan GPM dan MVM untuk diserahkan kepada penduduk.
Justeru, GPM dan MVM berharap agar sedikit sumbangan lagi dapat disalurkan. Lebih menyedihkan rakyat Afghanistan bakal berdepan musim sejuk tidak lama lagi.
“Sudilah kita membantu saudara Islam yang sedang berdepan saat kesukaran ini dengan meringankan beban yang ditanggung,” ujarnya.
Sumbangan berkenaan boleh disalurkan melalui pautan dalam talian www.peduliafghanistan.com atau melalui pindahan wang ke akaun Global Peace Mission dengan Maybank: 564221611602 dengan rujukan #PeduliAfghanistan. - KitaReporters
Ramai orang awam terkesan akibat kekurangan makanan berikutan keadaan negara bergolak dan ekonomi yang tidak stabil. - Kredit foto-foto: Ihsan GPM