Video| Nak nikah tak dikasi! Kecewa dan marah! Anak lelaki tikam bapa kandung sehingga mati!
Published bySRA cuba melawan anggota polis semasa suspek ditangkap akibat kes pembunuhan bapa kandungnya sendiri di Chengkareng, Jakarta Barat pada 27 Ogos 2021. - Kredit foto: detiknews
CINTA dan kasih sayang yang terjalin itu berakhir dengan bakal mahligai cinta sebaik-baiknya hendaklah mendapat sokongan serta restu daripada kedua-dua orang tua barulah kehidupan pasangan suami isteri terbabit bahagia sepanjang masa.
Namun apa yang berlaku ke atas seorang lelaki yang bernama SRA, 26, berasal dari Cengkareng, Jakarta Barat agak pelik sedikit kerana dia bukan sahaja tidak mendengar nasihat tetapi sanggup pula menikam bapa kandungnya sendiri sehingga mati apabila orang tuanya itu tidak merestui hasrat untuk berkahwin dengan seorang wanita pilihan hatinya.
Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan
SUSPEK yang dipercayai membunuh bapa kandung sendiri yang tidak merestui hasrat untuk berhahwinnya. - Kredit foto: detiknews
Mangsa (bapa suspek) dibawa ke hospital oleh jiran-jiran sebelum meninggal dunia dalam perjalanan. - Kredit foto: Tribunnews.com
Dalam kejadian yang berlaku di Rusun (Rumah Susun atau rumah pangsa) Dinas, Kebersihan Blok B, Cengkareng, Jakarta Barat pada pukul 1.30 tengah hari Jumaat 27 Ogos 2021 lalu, SRA bertindak agresif selepas tidak berpuas hatinya sehingga lupa diri dan bertindak menikam dengan sebilah pisau pada leher, dada dan perut bapanya bernama TLG, yang berumur 70 tahun itu.
Perbuatan itu dilakukan dipercayai setelah SRA kecewa dan marah terhadap bapanya yang tidak bersetuju dengan hasrat perkahwinannya dengan seorang wanita yang menjadi kekasih lelaki itu.
Kejadian yang memilukan hati itu disedari beberapa jiran berhampiran dengan rumah mereka setelah mangsa menjerit meminta pertolongan.
Isteri mangsa (ibu SRA) pula tidak dapat membantu kerana menghidapi penyakit strok lalu tidak mampu berbuat apa-apa melainkan dia hanya menangis melihat suaminya terbunjur kaku dengan darahnya mengalir pada badan mangsa.
Kredit Foto : Tribunnews.com
Jiran tetangga yang datang ke rumah warga emas itu, turut terkejut dan bersedih dengan tragedi menyayatkan hati itu yang dilakukan oleh anak kandung sendiri.
Warga emas itu kemudian telah diangkat dan dihantar ke hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanannya.
Manakala suspek yang masih berada di tempat kejadian itu berkata kepada jirannya, "nak nikah tidak (bapa) dikasi (diizinkan)."
Dipetik daripada laporan detiknews pada 28 Ogos 2021 lalu, melaporkan Ketua Polis Daerah Cengkareng, Kompol Egman berkata menurut keterangan jiran tetangga, lelaki terbabit bertindak membunuh bapanya dipercayai kerana orang tua itu tidak merestui hasrat perkahwinannya.
Kredit Foto : Tribunnews.com
Menurut Egman, kes itu masih dalam siasatan dan pihaknya
tidak dapat mempastikan pembunuhan itu berlaku berpunca daripada alasan orang
tuanya (mangsa) tidak membenarkan suspek berkahwin dengan wanita pilihannya
ataupun sebaliknya.
Beliau berkata, masalah lain yang menyebabkan punca kejadian tersebut tidak diperolehi tetapi mengikut keterangan jiran hubungan dua beranak itu sebelum tragedi adalah sangat baik.
``Sehingga kini suspek sukar memberi kerjasama dengan pegawai polis yang menjalankan siasatan kes itu.
``Semasa ditangkap suspek di kawasan desa itu, dia hanya berpakaian seluar pendek tanpa memakai baju dan pada awalnya dia cuba melawan anggota polis tetapi polis berjaya juga menangkapnya bersama sebilah pisau (bahan bukti),’’ katanya.
Kes tersebut disiasat di bawah Pasal 338 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara selama 15 tahun. - KitaReporters
Kredit foto: NasionalNews.id