Connery James Bond terbaik! Letak aras tanda tinggi jadi 007
Published bySEAN CONNERY diakui ramai termasuk pelakon-pelakon yang kemudian menjadi ejen 007 sebagai James Bond terbaik dan legenda James Bond, yang tiada galang gantinya. "Sean Connery bintang James Bond, mati pada usia 90 tahun, satu-satunya aktor cinema yang terhebat," pelakon Bond terkini, Danial Craig dalam ucapan simpati kepada keluarga pelakon berkenaan. : KitaReporters.
Lagi cerita-cerita berkaitan James Bond:
https://kitareporters.com/search?search=james+bond
"Baru beberapa minggu lalu, saya mengucapkan selamat hari jadi pada Sean sempena kelahirannya yang ke-90 tahun. Sekarang saya sangat sedih untuk mengucapkan simpati kepada keluarganya. Sean Connery menjadi sumber inspirasi pada saya dan golongan 60-an," tulis George Lazenby pula.
Sir Thomas Sean Connery, dari Scotland yang dibesarkan di kawasan setinggan Edinburgh, berjaya mencipta bintang hingga ke peringkat antarabangsa Hollywood sebagai ejen 007 James Bond, mengakhiri riwayat sebagai aktor legenda dengan rekod gemilang dan mendapat penghormatan abadi dari seluruh dunia.
Dalam usia 90 tahun, dia menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di Nassau, Bahamas pada Sabtu, 31 Oktober 2020 selepas lama menderita sakit.
Aktor yang tingginya 6 kaki, 2 inci, berkulit gelap dan kacak itu, menjadi adiwira ciptaan Ian Fleming yang sangat peramah dan mempunyai kebolehan bercakap dalam pelbagai bahasa, taktikal seni pertahankan diri dan penggoda wanita yang kaya dan licik, yang kemudian meletak tanda aras tinggi untuk aktor-aktor pengganti selepasnya.
Connery berlakon tujuh daripada 25 filem James Bond dengan lima filem berturut-turut bermula dengan "Dr No".
Dan dengan berjuta-juta peminat sejak dari era Perang Dingin sehingga penampilan mutakhir barisan pelakon yang hebat membawa watak James Bond sebagai Ejen 007, tiada seorang pun yang mampu menandingi imej dan kepelbagaian karakter, sesempurnanya, demikian dilaporkan oleh The New York Times.
Ketika konflik Rusia dan Amerika Syarikat (AS) meningkat dengan ura-ura suis bom nuklear hampir ditekan bila-bila masa saja yang membawa meletusnya Perang Dunia Ketiga kerana AS dikatakan menaja pencerobohan Cuba, negara proksi musuhnya, tiba-tiba Britain menyejukkan kegelisahan itu dengan menampilkan perisiknya 007, James Bond sebagai penyelamat dunia.
From Russia with Love terbitan MGM
Filem From Russia With Love yang ditayangkan pada 1962, bukan saja berjaya mengalihkan perhatian masyarakat dunia terhadap sindrom perang tetapi berjaya menampilkan Connery sebagai adiwira box-office di Britain dan AS.
Ini ditambah pengakuan Presiden John F Kennedy yang menyenaraikan novel itu sebagai 10 buku pilihannya.
Cara Sean Connery dipilih memegang watak Bond juga menarik.
Masa itu, penerbit filem James Bond, Albert Broccoli dan Harry Saltzman hanya terpikat melihat lenggok Connery berjalan lalu mereka terus menawarkan watak yang diadptasi daripada novel hasil karya bekas seorang perisik tentera marin, Ian Fleming.
“Kami ikat kontrak tanpa buat uji bakat," kata Mr. Saltzman yang dipetik oleh The New York Times.
Dari satu menjadi tujuh filem diterajui Connery antaranya “Goldfinger” (1964), “Thunderball” (1965) sehinggalah filem kelimanya, “You Only Live Twice” (1967), yang kemudian digantikan oleh pelakon dari Australia, George Lazenby, “On Her Majesty’s Secret Service” (1969).
Peminat kemudian mengundi Connery sebagai pelakon paling berpengaruh membawa karakter Bond dalam keseluruhan 25 filem keluaran Golden Meyer walaupun Danial Craig pernah membuat kutipan filem lebih AS$1 billion dalam filem Skyfall.
Karisma yang hebat itu membayangi dirinya hingga ke usia tua, bila Connery diangkat sebagai adiwira alih suara dalam videogame pada 2005 dari filem From Russia With Love dan Sir Billi satu filem aminasi Soctland pada 2012.
Dilahirkan 25 Ogos, 1930 dalam kelompok setinggan yang tinggal bersebelahan kilang pembuatan arak. Bapanya Joe, bekerja di kilang getah mendapat upah dua paun seminggu dan ibunya, Effie pula tukang cuci. Mereka berkongsi dua tandas dengan tiga keluarga lain.
Seperti kisah benar dalam novel Charles Dickens yang hidup melarat dan bekerja di kilang, begitu juga Connery.
Pada usia 9 tahun, dia menjadi penghantar susu menggunakan kereta kuda selama dua jam sebelum bersekolah sehingga mendapat kerja tetap ketika usia 13 tahun. Dia ada menyertai tentera tetapi dilepaskan akibat ada ulser usus.
Adiknya, Neil dilahirkan pada 1938 menjadikan mereka kena makan bubur dan kentang sebagai sajian utama. Sekali seminggu, kalau ada lebihan duit, Connery merasalah dapat mandi di pusat mandian awam.
Ketika usia menjangkau 63 tahun, Connery berkata, memori menikmati mandian di tempat awam itu adalah sesuatu yang istimewa.
Minatnya dalam bermain bola dan seni bina badan yang sebenarnya membuka pintu rezeki untuk Connery membabitkan diri ke bidang seni lakon. Pada 1953, dia dan rakannya ke London untuk bertanding dalam acara Mr. Universe. Connery hanya dapat hadiah sagu hati, tempat ketiga dalam grup lelaki tinggi,
Lebih penting ketika itu dia mengetahui ada uji bakat untuk penerbitan musikal "South Pacific" yang menjelajah bandar utama dan asabab Connery terpilih pun kerana kelihatan macam seorang kelasi dan boleh ampungkan badannya mengguna tangan.
“Saya ikut rombongan ‘South Pacific’ dan mengambil kesempatan membaca di perpustakaan di Britain, Ireland, Scotland dan Wales,” Connery dipetik oleh The Houston Chronicle pada 1992.
Dia akhirnya dapat peluang berlakon dalam filem gred B termasuk “Action of the Tiger” (1957), “Tarzan’s Greatest Adventure” (1959), “The Longest Day” (1962) dan Disney’s “Darby O’Gill and the Little People” (1959).
Sebagai seorang peminat bola dan peminat golf juga, Connery pernah menderma berjuta-juta dolar hasil pendapatan daripada filem "Daimond Are Forever" kepada Yayasan Pendidikan Antarabangsa Scotland bagi membantu orang miskin negara itu dapat ke sekolah.
Ketika memegang wataknya sebagai Count Vronsky berdampingan dengan Claire Bloom Anna menerusi lakon layar televisyen BBC, adaptasi drama berdasarkan novel Tolstoys "Anna Karenina" pada 1961, Connery telah tidak sengaja menarik perhatian penerbit yang sedang mencari muka baru untuk watak James Bond dalam filem pertama, Dr No.
Watak itu menjadi sensasi serta merta dan selesai pelancaran tayangan perdana, pengkritik filem itu mencatatkan, filem ini tidak akan memberikan Connery anugerah Oscar tetapi sudah pasti dia memberi kesan dengan mengumpul ramai peminat.
Ketika di ambang popular, Connery bertemu jodoh yang singkat dengan Diane Cilento dan berkahwin pada 1957. Sebelum menjadi Bond, dia dapat anak lelaki, Jason.
Tidak lama kemudian Connery jatuh cinta pula dengan isteri orang, Micheline Roquebrune, artis Perancis dan pemain golf fanatik yang ditemui ketika acara golf yang mereka sertai di Maghribi pada 1970. Lima tahun kemudian mereka berkahwin dan tinggal di Marbela, Sepanyol.
Ketika menjayakan watak Bond in “Never Say Never Again,” atas cadangan isteri barunya itu, Connery sebenarnya berdepan masalah kewangan apabila bekas akauntannya melaburkan wangnya dalam bidang hartanah yang salah. Walaupun berjaya dalam samannya akibat kecuaian, dia memberitahu sekumpulan wartawan pada tahun 1984, dia tidak menjangka dapat wangnya balik.
"Saya tak kisah menjadi tua." Itu kata Connery sebaik saja melepaskan watak Bondnya.
Malah dalam satu temu ramah dengan sebuah akhbar Times pada 1987, dia sudah bersedia untuk berlakon dalam filem yang kurang romantis dan terbuka untuk mencuba pelbagai watak. "Saya tidak kisah menjadi tua atau dilihat macam orang bodoh," katanya.
Connery akhir ditawarkan watak alih suara untuk animasi Dragonheart. Kemudian dia muncul dalam filem British The Avenger (1988). Mungkin watak yang paling diingati oleh golongan muda tahun 80-an hingga sekarang adalah sebagai Dr Jones Senior bapa yang asentrik kepada Indian Jones (Harrison Ford ) dalam filem “Indiana Jones and the Last Crusade” (1989) . Ketika itu umur Ford itu muda 12 tahun dari umurnya.
Sikap `mudah berkira` Connery itu membuatkan dia ditawarkan watak dalam Tom Clancy’s “The Hunt for Red October” dan “The Russia House,” berdasarkan novel John le Carre.
Filem terakhirnya “The League of Extraordinary Gentlemen” (2003), tidak begitu berjaya di pasaran. Filem berdasarkan buku komik mengenai sekumpulan adiwira pada era Victoria.
Hinggalah pada tahun 2005, Conner memberitahu wartawan dia sudah tamat `kontrak` beraksi di Hollywood. "Orang-orang bodoh saja sekarang buat filem,".
Lima tahun selepas itu dia benar-benar mengucapkan selamat tinggal kepada industri perfileman kerana dia tak fikir untuk kembali lagi berlakon semula kecuali alih suara saja. "Saya ada banyak memori tetapi ia sudah berakhir," katanya.
Gambar: Danny Lawson/PA Images, via Getty
Selain meninggalkan seorang balu dan anaknya juga seorang pelakon, Connery turut meninggalkan anak tiri, Stephane dan adiknya Neil.
Connery dianugerahkan gelaran diraja `Sir` pada 2005 di Istana Holyroodhouse di Edinburgh oleh Ratu Elizabeth II.
Satu anugerah yang tidak disukai sesetengah pihak kerana tidak puas hati dengan nada kerasnya bersuara dalam Parti National Scotland dan peranan aktifnya membuat referendum yang tertubuhnya Parlimen Scotland yang pertama, sejak 300 tahun.
Sebenarnya istana itu tidak sampai sebatu pun dari Fountainbridge, tempat Connery dibesarkan. Dan dia masih lagi memakai tatu “Scotland Forever” yang dicacahnya ketika usianya 18 tahun. - KitaReporters