PERISIK 007 James Bond yang kita kenal sebagai lelaki kacak dan kaya, penggoda wanita yang licik dan seorang manusia-senjata, asalnya digambarkan sebagai seorang lelaki dunggu, membosankan dan serba ringkas dalam novelnya. Ia sebenarnya mencerminkan kekecewaan penulis terhadap negara kelahirannya. : Kitareporters


Sean Connery bersama Ian Fleming dalam pengambaran filem Dr No di Studio Pinewood, England, Great Britain. - Kredit gambar: Getty


Lagi cerita-cerita berkaitan Hollywood:

https://kitareporters.com/search?search=hollywood


Jika kita fikirkan filem penuh aksi itu berakhir dengan kegembiraan, ternyatanya hidup penulisnya berakhir dengan tragedi bila isterinya lari ikut kekasihnya dalam perebutan cinta tiga segi, anaknya mati bunuh diri dan semua hartabenda yang diusahakan hilang selepas dijual dari tangan ke tangan.

Perisik Britain itu diwujudkan sebagai simbolik kekecewaan penulis, Ian Fleming terhadap kemegahan empayar Great Britain yang melalui keruntuhan dan hilang kegemilangan apabila 100 koloni tanah jajahan itu runtuh satu persatu selepas mendapat kemerdekaan. 

Sebagai bekas perisik British, Fleming berpendapat Empayar Britain sepatutnya kekal megah dan proses kemerdekaan jajahan itu seolah-olah mencabar ketuanan bangsa kulit putih sebagai kuasa penakluk dunia.

Fleming kemudian mewujudkan " James Bond ", nama yang mudah disebut yang diambil sempena nama penulis dari Amerika Syarikat yang menulis perihal kehidupan burung bagi mewakili Britain yang gah dan gemilang. Karakter James Bond itu sekadar memenuhi fantasi diri dan pembacanya.


Indahnya... antara pemandangan di Goldeneyes, Jamaica. - Kredit foto: dailymail.co.uk


Ini terbukti apabila dia mula menulis novel Bond pertamanya, Casino Royale pada 1952 ketika usia 44 tahun dan novelnya terjual 100 nashkah sahaja. Ini cara dia luahkan rasa sangat `marah` apabila Empayar British di Jamaica runtuh.  

Percubaan menyalurkan idea politiknya tentang obsesi terhadap Empayar Britain terserlah dalam filem Dr No yang dihasilkan pada 1962.  

Filem itu menjalani pengambaran di Jamaica beberapa bulan sebelum negara itu menyambut kemerdekaannya. Yang anehnya, Fleming kemudian membeli lokasi yang menjadi koloni British untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan Goldeneyes, juga salah satu judul filemnya.


Ian Fleming di villa peribadinya di Goldeneye, Jamaica. - Kredit foto: https://www.theflemingvilla.com/


Fleming tidak begitu gembira jajahan Empayar Britain diberi kemerdekaan dan rakyatnya diberi pula hak mengundi. Inti sari yang sama berlaku ketika gerakan mendesak Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) disebabkan nostalgia tentang kekuasaan Empayar Britain masih lagi berlegar persekitaran politik negara itu. 

Mengambil pengajaran daripada filem Dr No yang dikritik hebat dengan macam gelaran, watak dan skrip filem itu diubah suai termasuk mencipta hero itu dijadikan sebagaimana cita rasa peminat terutama wanita.


Bersama isterinya, Ann  Charteris. 


Dan kini selepas pelakon pertamanya, Sir Sean Connery menutup tirai kehidupannya pada usia 90 tahun dan ura-ura filem terkini, No Time to Die yang sepatutnya ditayangkan 29 Ogos 2019 ditunda beberapa kali dari April 2020, kemudian 2 April 2021. 

Malah ada pertanyaan siapakah yang akan menggantikan watak Danial Craig selepas kontraknya tamat. Mutakhir, ura-ura filem terbaru itu dikatakan akan dijual ke Neflix.

Connery menjadi magnet kepada penonton untuk ke pawagam dan bermula dengan filem Bond pertama, Dr No, filem-filem ejen British 007 itu mencatat rekod kutipan terbaik, demikian dilaporkan oleh majalah Forbe. Malah James Bond sepatutnya ditayangkan di kaca televisyen sahaja. 

Fleming menghasilkan 12 novel James Bond, dua cereka pendek dan 25 filem berasaskan watak dirinya sebagai bekas anggota perisikan marin ketika perang Dunia Kedua. Bond digambarkan sebagai Komander Royal Navy, dicatatkan menjadi anak yatim ketika usia 11 tahun.

Dia dikatakan menyertai tentera laut yang kemudian ditawarkan menyertai skuad M16 dengan moto Bond,  “The World is Not Enough.”



Fleming menulis novel James Bond di rumahnya, Goldeneye, sehingga dia berusia 50 tahun dan selepas kematiannya pada 1976, rumah itu dibeli oleh penyanyi ragge, Bob Marley. Rumah itu kemudian dijual kepada pemilik Island Records, Chris Blackwell yang mengubah suai menjadi penginapan mewah.

Menariknya biografi Fleming yang diperolehi oleh Muzium 007 menceritakan, gaya hidup kelas mewah yang dilalui penulis itu menjadi sebahagian topik novelnya. Seumpama kelakuan isterinya, Ann Charteris yang nakal, Fleming memberi watak itu kepada James Bond.

Fleming jatuh cinta dengan Ann Charteris ketika wanita itu masih isteri Viscount Rothermere yang kemudian isterinya bercinta pula dengan seorang ahli politik. Malah dalam satu filem James Bond, digambarkan Bond berkahwin dengan seorang wanita bergelar duchess yang kemudian mati ditembak. 

Mereka dapat seorang anak Caspar. Fleming meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 Ogos 1964, pada hari jadinya anaknya yang ke-12. Anaknya meragut nyawanya sendiri ketika berusia 23 tahun. 

Gambar Ian Fleming dan Sean Connery di set filem Dr No. - Kredit filem Amazon.com


Kita juga kerap tertanya betulkah adanya M?.... Mansfield Smith-Cumming adalah pengarah pertama agensi M16 yang digambarkan sebagai M dalam setiap watak James Bond, manakala nama watak penjahat memang wujud dan mereka adalah rakan-rakan sekolah Fleming.

Mereka termasuk Scaramanga dalam The Man with the Golden Gun, adalah teman sekelasnya di Eton yang kerap bergaduh dengannya, Goldfinger adalah nama sebenar seorang arkitek yang bekerjasama dengannya.

Walaupun novel James Bond laris tetapi sebenar-benarnya novel berkenaan meletup ialah selepas Presiden John F Kennedy berkrisis dengan Rusia dan Fidel Castro di Cuba pada 1961 termasuk kes pencerobohan di Teluk Babi, Havana yang dikatakan ditaja oleh Amerika. Malah novel From Russia, With Love pilihannya, menjadikan novel dan filem James Bond, fenomena di seluruh dunia.

Fleming terus memperbaiki cerita yang berlatarbelakangkan politik, penyeludupan senjata digabung pula dengan lakonan mantap oleh pendukung pertama filem itu, Sir Sean Connery (1962–1967, 1971, 1983), David Niven (1967), George Lazenby (1969), Roger Moore (1973–1985), Timothy Dalton (1987–1989), Pierce Brosnan (1995–2002) dan Daniel Craig (2006 - ..).

Mereka diapit oleh jelitawan seperti Ursula Andress, Jane Seymour, Honor Blackman, Halle Berry, Tan Sri Michelle Yeoh and Eva Green.


Fleming turut menghasilkan sebuah buku kanak-kanak yang akhir memberi ilham pembikinan filem Chitty Chitty Bang Bang.

1
0
0
1
0

Copy Link: