Persahabatan sejati! Pemuda strok hingga separuh lumpuh! Rakan setia bantu hingga dapat pulih

Published by
KitaReporters


KETIKA sihatnya pemuda ini membuka perniagaan secara berkongsi dengan rakan baiknya yang meminati bidang sama. Namun kerana takdir, dia ditimpa musibah tetapi rakan akrab tetap setia dan sama-sama berusaha memulihkan kembali kehidupan pemuda itu seperti sebelumnya.

Sebagai kawan setia rakan pemuda itu tetap bersama susah senang dalam mengharungi kehidupan harian, sekalipun terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk membantunya.

Inilah antara coretan sebahagian kehidupan masyarakat moden hari ini yang masih ada nilai-nilai kemanusian, rasa tanggungjawab dan peranan membantu individu dalam kesusahan  dengan mengekalkan aspek persahabatan sejati yang murni.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan zakat Selangor:

https://kitareporters.com/search?search=zakat+selangor


Pemuda yang mengalami serangan angin ahmar hingga lumpuh sebelah badan (tengah) bersama sahabat karibnya (kanan), yang sama menguruskan bengkel besi di Hulu Selangor, berbincang dengan pegawai Lembaga Zakat Selangor daerah berkenaan.Kredit foto-foto: FB LZS.


Melalui cacatan Ibnuhusain yang menceritakan bagaimana dua sahabat baik yang sama berkongsi menguruskan perniagaan bengkel besi dan kini seorang daripada mereka ditimpa musibah hingga terpaksa dijaga serta dibantu urusan hariannya.

Pemuda yang mengalami serangan angin ahmar (strok) hingga lumpuh sebelah badan dijaga dengan rapi dan baik oleh sahabat baiknya atas dasar persahabatan.


Pemuda yang hidap angin ahmar hingga lumpuh sebelah badan (kiri) menceritakan keadaanya kepada pegawai Lembaga Zakat Selangor Daerah Hulu Selangor, Selangor.


Peristiwa ini berlaku di suatu kawasan di daerah Hulu Selangor, Selangor dan dimuat naik dalam laman sosial FB Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Jumaat 12 Mac 2021 semoga memberi pengajaran, pedoman dan motivasi kepada semua dalam usaha mempertahan serta menerapkan  nilai-nilai murni kemasyarakatan, sekalipun dalam kehidupan moden serba mencabar sekarang.

Melalui konsep persahabatan, pemuda yang dijaga rapi sahabat baiknya sendiri disediakan pelbagai keperluan termasuk mengajarnya untuk kembali sihat seperti sebelumnya hingga mampu berdiri. 

Berbagai kaedah dan rawatan diusahakan oleh sahabatnya itu termasuklah perubatan secara tradisonal. Inilah usaha gigih yang dilakukan semata-mata mahu melihat sahabat karibnya itu pulih kembali.

Alhamdulillah usaha sahabat setia itu diberi ganjaran Allah dengan memberi izin harapan serta doanya, pemuda yang sebelum ini terlantar mampu bangun dan duduk sendiri tanpa perlu dibantu. Malahan dia juga kini sudah boleh berdiri secara perlahan-lahan.

Pemuda itu tersenyum gembira bila sahabat baiknya itu berkata,"Dia sihat bersama saya ketika mula berniaga, tak mungkin bila dia sakit begini saya akan tinggalkan. Inilah tanggung jawab saya untuk pastikan dia sihat dan mampu berdiri semula,"


Sahabat karib (baju hitam) kepada pemuda yang lumpuh sebelah badan berpunca serangan angin ahmar menjaga dan menguruskan rutin harian beliau dengan baik.


Inilah kata-kata penuh semangat yang dituturkan oleh sahabat pemuda itu bila melihat perkembangan positif rakannya itu. 

Malahan bagi sahabat itu tidak langsung terlintas di fikiran untuk menghantarnya ke rumah penjagaan atau menempatkannya ke tempat lain. Dia sanggup menguruskannya dan tidak menganggap sebagai suatu bebanan. 

Sebelum ini, pemuda dan rakan karibnya itu menguruskan bengkel besi beberapa tahun lalu, selepas itu dia pulang ke kampung halaman kerana tanggungjawab mengurus nenek, ibu dan kakak yang sakit.

Namun begitu, kisah dukanya berpanjangan selepas neneknya meninggal dunia diikuti ibu dan kemudian kakaknya. 

Mungkin disebabkan tekanan keadaan berpunca daripada peristiwa tersebut pemuda berkenaan sakit dan diserang angin ahmar hingga menyebabkan sebelah badannya jadi lumpuh.

Terdahulu Skuad Saidina Umar (SSU) Lembaga Zakat Selangor yang menerima info daripada sebuah badan NGO mengenai pemuda berkenaan yang dikatakan terlantar kerana serangan angin ahmar bertindak segera ke lokasi diberikan.

Hasil siasatan kisah penderitaan pemuda ini telah tular sejak tahun lepas tetapi dengan info tidak tepat. Pihak LSZ menyantuni dan membantu beliau sejak ditimpa musibah.

Disahkan pemuda berkenaan adalah asnaf di bawah seliaan Operasi Agihan Lembaga Zakat Selangor, Daerah Hulu Selangor dan beliau diberi bantuan kewangan bulanan, katil hospital, susu khas dan peralatan perubatan lainnya sejak tahun lepas lagi. - KitaReporters


 

1
0
0
0
0

Copy Link: