Tahniah! Ratu Elizabeth, Putera Philip rai 73 tahun kahwin!
Published byPEMERINTAH yang paling lama berkhidmat di dunia iaitu selama 67 tahun, Ratu Elizabeth II, 94, dan Putera Philip, 99, pada Jumaat, 20 November 2020 meraikan ulang tahun ke-73 perkahwinan mereka. Ia menjadi perkahwinan paling lama dalam sejarah Kerajaan diraja Inggeris. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah Ratu Elizabeth:
https://kitareporters.com/search?search=ratu+elizabeth
Sehari sebelumnya, pihak Istana mengeluarkan sebuah gambar rasmi terbaharu untuk memperingati hari bahagia itu.
Gambar itu mengabadikan Ratu Elizabeth II dan Putera Philip di Windsor Castle, sedang tersenyum membaca kad ucapan yang dibuat oleh ketiga-tiga cicit mereka, Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis. Kelihatan bahagian depan kad dihiasi angka 73 yang penuh warna.
Menurut media Daily Mail, putera-puteri Putera William dan Kate Middleton ini menghabiskan masa berjam-jam untuk membuat kad ucapan itu.
Ratu Elizabeth II yang sudah berusia 94 tahun juga menerima kad ucapan daripada rakyat.
Elizabeth Alexandra Mary Windsor baru berusia 21 tahun ketika dikahwini Philip Mountbatten, seorang leftenan tentera laut yang juga keturunan raja dari Greece dan Denmark. Philip lima tahun lebih tua daripada puteri Raja George VI itu.
Majlis berlangsung pada 20 November 1947 di Westminster Abbey, London, gereja yang juga diguna oleh Putera William dan Kate Middleton untuk perkahwinan mereka.
Ratu Elizabeth II yang lahir pada 21 April 1926 dan mula mentadbir United Kingdom pada 2 Jun 1953 mempunyai empat cahaya mata iaitu Putera Charles (pewaris), Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward dan tujuh cucu.
Baginda menjadi pemerintah paling lama selepas kematian Raja Bhumibol Adulyadej pada 2016 selepas memerintah Thailand selama 66 tahun dan meninggal dunia pada 13 Oktober 2016. - KitaReporters