Video| Wak Wakid sudah 110 tahun! Masih bawa beca demi sesuap nasi! Ada 7 anak, tapi terbiar!
Published byWak Wakid masih bersemangat membawa beca walaupun sudah berusia 110 tahun.
LELAKI tua bernama Wakid yang sudah berusia 110 tahun dari Kediri, Jawa Timur terpaksa mencari rezeki dengan membawa beca demi kelangsungan hidup.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan beca
Kisah Wak Wakid tular setelah videonya tersebar dalam sejumlah media sosial. - Kredit foto: TikTok: novitapu99.
Kerana kudrat semakin melemah, Wak Wakid sudah tidak mampu mengayuh becanya. Jika ada penumpang ingin mendapatkan khidmat becanya, Wak Wakid hanya mampu menolak becanya.
Namun masih ada yang bersimpati dan masih menggunakan khidmatnya dan memberikan upah lebih kepada orang tua ini.
Wak Wakid kecewa anak-anak mengabai dirinya dan telah kematian isteri. Kredit foto: Merdeka.com
Menurut Tribunnews.com, kisah orang tua ini pertama kali disiar oleh Novita yang merupakan pemilik akaun TikTok @novitapu99 pada Isnin 23 Ogos 2021.
Dalam video itu dijelaskan bahawa lelaki berusia 110 tahun ini tinggal menumpang di rumah ketua RT.
Meskipun hidup seorang diri, orang tua ini mengaku masih bersemangat bekerja , demi mendapatkan sesuap nasi.
Wak Wakid tetap menunai solat di mana berada termasuk di tepi jalan.
Orang tua itu bernama Wakid yang bekerja di sekitar kawasan pelancongan Taman Air Pagora, Kediri, Jawa Timur.
Pertemuan terjadi ketika Novita melakukan kerja kebajikan iaitu membahagikan nasi bungkus kepada golongan berpendapatan rendah termasuk penarik beca.
Novita bercerita, orang tua itu biasanya berjalan memakai tongkat kerana sering jatuh tergelincir.
"Dia betul menjadi tukang beca, tangannya sudah bergeletar dan tidak kuat mengayuh beca, hanya di tolak sahaja," kata Novita kepada Tribunews.com, Sabtu, 28 Ogos 2021.