Hari ini nikah esok jadi balu! Wanita menangis di pelaminan!
Published byAJAL maut adalah antara rahsia Allah SWT yang kita tidak tahu bila akan datang menjemput. Sebagai orang Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik. Bagi yang masih hidup, kematian insan tersayang sememangnya menyedihkan. Namun, kehidupan perlu diteruskan dan kita perlu reda menerimanya. : KitaReporters
Pengantin sempat bergambar bersama selepas akad nikah.
Lagi cerita-cerita berkaitan perkahwinan:
https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan
Kisah seorang wanita yang kehilangan suami selepas baru sehari berkahwin boleh dijadikan iktibar bahawa mati itu pasti dan ia datang tidak kira masa.
Kisah sedih ini berlaku di negara jiran, Indonesia
dan menjadi tular dalam media sosial. Namun, tiada sumber memberitahu nama dan
lokasi kejadian secara terperinci.
Sejurus selepas akad nikah, pengantin lelaki tiba-tiba jatuh sakit.
Hari bahagia yang ditunggu-tunggu, akhirnya menjadi episod
duka dalam hidupnya apabila lelaki yang baharu saja sah bergelar suaminya jatuh
sakit dan meninggal dunia keesokan harinya.
Seorang pengguna media sosial yang mendakwa dirinya
adik kepada pengantin perempuan menceritakan, ketika kejadian kakak dan abang
iparnya itu baru sahaja selesai akad nikad dan tiba-tiba abang iparnya itu
jatuh sakit lalu dikejarkan ke hospital.
Pengantin lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital kerana tiba-tiba jatuh sakit.
"Tidak berpeluang menikmati hari bahagia pada
hari majlis perkahwinan kakak saya, suami meninggalkannya selama-lamanya. Saya
harap kakak saya kuat," ujarnya.
Ketika ditanya oleh netizen, pemilik akaun tersebut
menjawab, pengantin lelaki tiba-tiba jatuh sakit ketika pergi ke lorong setelah
menyelesaikan proses akad nikah.
"Tiba-tiba dia sakit selepas akad nikah. Sedangkan sebelum ini dia dalam keadaan sihat," jawabnya.
Setelah suami dikejarkan ke hospital, pengantin perempuan terpaksa meneruskan majlis resepsi sendirian kerana undangan perkahwinan telah diedarkan.
Namun, yang menyedihkan ialah bagaimana pengantin perempuan terpaksa melayan tetamu yang mahu bergambar dengannya. Walaupun sedih dan risau suami berada di hospital, namun kerana tidak mahu menghampakan permintaan tetamu, dia terpaksa menurutinya.
Gambar-gambar dalam keadaan sedih ketika hari
persandingan tersebar dan tular. Sudah tentu tidak mudah baginya untuk melalui
saat-saat menyedihkan itu sehingga akhirnya dia tidak dapat menyembunyikan
kesedihannya itu dengan deraian air mata.
Ajal maut adalah rahsia Allah SWT.
Lebih menyedihkan, keesokan hari, suaminya telah disahkan meninggal dunia. Baru sehari bergelar raja sehari, esoknya bergelar seorang balu.
Rata-rata netizen berdoa agar pengantin perempuan kuat menghadapi cubaan yang menimpanya. - KitaReporters