Video| Pengantin lelaki bersanding dengan laptop! Pengantin perempuan tak hadir! Positif COVID-19!

Published by
KitaReporters


BIASANYA kenduri kahwin pasti ada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan di atas pelamin

Dah namanya pun berkahwin bersama pasangan. Tambah pula sekarang majlis memang boleh dihadiri oleh tetamu. Pasti tetamu datang nak lihat psangan raja sehari di atas pelamin. 

Tapi sayang seribu kali sayang kerana majlis perkahwinan kali ini ada sedikit kelainan di mana pasangan pengantin lelaki hanya berseorangan di atas pelamin sambil ditemani pengantin perempuan hanya melalui panggilan video dari laptop

Bukan sebab pengantin perempuan tinggal berjauhan tetapi dia disahkan positif COVID-19. Majlis perlu diteruskan maka dengan inilah caranya untuk memeriahkan suasana


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bersanding


Dilihat persediaan untuk majlis kahwin ini sebenarnya sangat meriah dengan design yang sangat cantik siap berbunga-bunga lagi. Tapi sedikit sayang kerana mempelai lelaki berseorangan sahaja

Tak apa, nanti kalau pengantin perempuan dah sembuh, buat sekali lagi tetapi jangan pengantin lelaki pula yang kena kuarantin waktu itu. 

Dengan design dan gubahan dalam video itu, kita boleh katakan bahawa mereka bukan pasangan biasa. High class itu. 

Tapi ini pasti akan menjadi memori terindah untuk pasangan pengantin tersebut. Orang bersanding ada pasangan di tepi tapi mereka lain pula.

Lepas ini, kalau ada pengantin yang disahkan positif COVID-19 boleh guna cara ini. Majlis tetap berjalan. - KitaReporters


18
15
0
11
0

Copy Link: