Video| Pelik tapi benar! Mengidam lawat hospital terbiar! Berendam dalam sungai! Cuci keris pusaka!
Published byMengidam adalah kelaziman buat wanita yang sedang hamil. Dalam tempoh ini, mereka merasakan keinginan terhadap sesuatu seperti makanan dan minuman, melancong dan bermacam-macam lagi.
Namun, kadangkala ada sesetengah individu yang
mengidam sesuatu yang pelik dan tidak masuk akal. Paling kasihan, si suamilah
yang terpaksa menunaikan keinginan si isteri. Mereka sanggup buat apa sahaja
asalkan keinginan isteri dapat dipenuhi.
Begitulah yang terjadi ke atas seorang wanita di Indonesia apabila dia mengidamkan sesuatu yang sangat pelik seperti melawat hospital yang terbiar. Kedengaran sangat menyeramkan tetapi apakan daya, itulah yang diinginkan dalam tempoh kehamilan.
Satu video menunjukkan wanita berkenaan sedang menunaikan
keinginannya (mengidam) dengan membuat lawatan ke sebuah hospital terbiar. Video
tersebut dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dan menjadi tular.
Pada permulaan video, kelihatan seorang wanita memakai
baju lengan panjang berwarna ungu memasuki sebuah bilik yang sangat gelap.
Dalam video tersebut terdapat naratif menjelaskan bahawa wanita tersebut sedang hamil. Dia dikatakan mahu memasuki hospital terbiar.
“Isteri saya mahu pergi ke hospital terbiar seorang
diri pada tengah malam,” tulis naratif yang dimuat naik.
Selain itu, dalam video tersebut juga menunjukkan seorang wanita yang dipercayai orang sama sedang berendam di dalam air. Dalam video itu terdapat naratif bahawa ini dilakukan untuk memenuhi keinginannya semasa mengandung.
Seterusnya, video bertukar menunjukkan wanita itu
sedang mencuci senjata yang dipercayai sebilah keris. Keris itu kelihatan
diletakkan di atas bekas merah jambu dan kemudian digosok dengan tangannya.
“Ini adalah perkara yang paling pelik, keinginan
untuk membersihkan harta pusaka,” tulis kapsyen dalam video tersebut.
Aksi wanita itu mendapat perhatian ramai netizen.
Dalam ruangan komen, pelbagai andaian dilontarkan. Kebanyakannya bimbang tahap kesihatan mental wanita berkenaan. Namun ada juga berpendapat, ia adalah perkara normal buat seorang wanita yang mengidam. - KitaReporters