Video| Demi keluarga! Tiada wang, lelaki jalan kaki 100km dan gendong anak! Cari isteri larikan diri!

Published by
KitaReporters


Krisis rumah tangga boleh menyebab pelbagai kejadian terjadi. Antaranya lari meninggalkan rumah.

Begitulah dialami lelaki yang dikenali sebagai Sanito dari Garut, Jawa Tengah, Indonesia. Dia  rasa tertekan apabila si isteri menghilangkan diri dan meninggalkan dia dan tiga orang anak mereka setelah berlaku pertengkaran.

Kerana masih sayangkan isteri, Sanito cuba mencari isterinya yang dipercayai pergi ke Bandung, kira-kira 100 kilometer dari Garut.


Namun disebabkan tidak mempunyai wang membeli tiket bas, Sanito nekad berjalan kaki dengan mengendong anaknya yang paling kecilnya. Sementara dua anaknya yang masih bersekolah dijaga oleh anggota keluarga.

Video perjalanan Sanito yang penuh perjuangan ini dimuat naik oelh akaun TikTok @santri_online_49 dan menyentuh perasaan warganet.

Dalam video itu kelihatan, pemilik akaun itu bertemu secara tidak sengaja bertemu dengan Sanito yang tampak keletihan di tengah malam di tepi jalan. 

Ketika ditanya tujuannya, Sanito mengatakan dia sedang menuju Bandung untuk mencari isterinya yang lari.

Sanito, dengan wajah letih dan tatapan kosong, menceritakan perjalanannya dari Garut ke Bandung. Meski hari sudah malam, dia terus berjalan tanpa kenal lelah demi menemukan isterinya.  

“Saya dari Garut, mahu cari isteri, katanya lari ke Dawuan,” katanya dengan suara bergetar menahan tangisan dengan anak kecilnya kelihatan keletihan.  




Sanito membawa anak ketiganya yang masih kecil dalam perjalanan ini, sementara dua anak lainnya ditinggalkan di rumah kerana harus bersekolah.

Dengan hanya memakai pakaian yang melekat di tubuhnya dan membawa fotokopi Kad Keluarga yang koyak, Sanito berusaha mencari isterinya tanpa sebarang alat komunikasi.

Sebelum memulakan pencarian, Sanito mendapatkan maklumat daripada kawan isterinya yang mengatakan bahawa si isteri berada di Cikampek, Dawuan.

Namun, setelah tiba di alamat yang diberikan, dia mendapati isterinya telah pindah. Lalu dia nekad untuk mencari isterinya di kota Bandung.

Mendengar kisah Sanito, pemilik akaun TikTok merasa hiba dan meminta Sanito memberikan pesan kepada isterinya melalui  video.



“Mudah-mudahan saya mah, pulang aja lah, kasihan anak-anak,” kata  Sanito dalam, video sambil menahan tangis.

Pemilik TikTok memberikan sejumlah wang untuk belanja dalam perjalanan dan menghantarkan Sanito ke stesen bas berhampiran agar dapat pulang ke Garut.

Pemilik TikTok itu berharap rakaman video itu dapat ditonton oleh si isteri atau orang-orang yang dikenalinya bagi membolehkan dia kembali berbaik dan kembali ke Garut.

Kisah Sanito yang dimuat dalam TikTok turut dimuat media Tribun Jabar pada Rabu, 7 Ogos 2024. - KitaReporters

17
13
0
10
0

Copy Link: