Sebahagian penduduk Kampung orang Asli Kudung di Bekok, Johor yang hadir ke Program Ramah Mesra Bersama Orang Asal anjuran PKJPM pada 4 Oktober 2024 lalu.


Tan Lek Khang ( kanan) menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motosikal kepada pemenang semasa Program Ramah Mesra Bersama Orang Asal di Kampung Orang Asli Kudung di Bekok, johor.


Program Ramah Mesra Bersama Orang Asal yang digerakkan oleh Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin Malaysia (PKJPM) menyasarkan untuk menyantuni 500 keluarga Orang Asli di tujuh perkampungan Orang Asli yang terdapat di kawasan Bekok dan Labis, Johor.

Pengerusi PKJPM, Tan Lek Khang berkata, program berbentuk jelajah selama dua minggu itu bermula pada awal Oktober 2024 itu dijadualkan berakhir pada pertengahan Oktober depan dan dijangka melibatkan penyertaan kira-kira 1,500 masyarakat Orang Asli.

"Selain sebagai salah satu usaha mendekati mengenal pasti npermasalahan masyarakat Orang Asli di sini, program ini juga turut menyalurkan pelbagai bentuk bantuan termasuk keperluan barangan harian kepada keluarga yang memerlukan di semua lokasi terlibat.

"Dalam masa sama kami turut memberi peluang kepada mereka menyuarakan pandangan serta permasalahan mereka terutama dalam aspek pendidikan serta kesihatan khususnya dalam kalangan anak-anak mereka," katanya ketika ditemui pada Program Ramah Mesra Bersama Orang Asal di Kampung Orang Asli Kudung, Bekok, Johor pada 4 Okbober 2024 lalu.

Tan Lek Khang

Menurutnya program di Kampung Kudung itu merupakan program keempat selepas Kampung Orang Asli Kemidak, Kampung Orang Asli Sri Tempayan dan Kampung Orang Asli Lenek yang  diadakan sebelum ini di mana semua kampung tersebut terletak di kawasan Bekok, Johor.

Antara lain pengisian program tersebut yang berjaya menarik kehadiran lebih 300 penduduk kampung itu adalah acara cabutan bertuah yang menyediakan lebih 30 hadiah berupa wang tunai, barangan elektrik, basikal dan sebuah motosikal untuk dimenangi oleh penduduk setempat.

Katanya, selepas ini program sama akan diadakan di tiga lagi perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Orang Asli Tamok, Kampung Orang Asli Selai di Bekok sebelum berakhir di Kampung Irang Asli Ulu Juaseh di Labis, Johor pada 13 Oktober 2024 nanti.

Barangan elektrik serta perkakas dapur antara hadiah cabutan bertuah yang disediakan.


Ujar Tan lagi,  apa yang lebih penting, melalui program tersebut masyarakat Orang Asli di sini tidak merasa tersisih malah kewujudan mereka turut diberi perhatian sewajarnya di samping mampu membina satu hubungan baik antara penduduk kampung dengan masyarakat luar.

"Kami sedar bahawa kami tidak mampu untuk menyediakan semua keperluan mereka terutama yang melibatkan pembangunan prasarana seperti bekalan air terawat dan capaian internet kerana ia di luar kemampuan serta bidang kuasa kami.

"Namun melalui program ini sekurang-kurangnya kami dapat mengumpul maklumat mengenai keperluan dan sedikit sebanyak mampu menyalurkan denyut nadi mereka  kepada pihak berwajib dalam usaha membantu mereka menikmati kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang," katanya. - Kitareporters 

Salah seorang penduduk kampung yang bernasib baik berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai.

Penduduk Kampung Orang Asli Kudung pelbagai peringkat umur yang hadir memeriahkan Program Ramah Mesra Bersama Orang Asal anjuran PKJPM pada 4 Oktober 2024 lalu di Kampung Orang Asli Kudung, Bekok, Johor.

13
11
0
11
0

Copy Link: