Video| Guru cekal! Jalan kaki 11km untuk pergi mengajar! Gaji hanya RM56 sebulan! 14 tahun bertugas!
Published by.
Bercerita mengenai guru di Indonesia terdapat pelbagai kisah pahit manis yang mereka alami. Pendapatan dan faedah tambahan tidak berbaloi dengan pengorbanan sebagai pendidik.
Hingga terdapat beberapa berita sensasi didedahkan dalam media sosial. Antaranya guru terpaksa menjadi pengutip barang terpakai atau terbuang untuk mendapat pendapatan tambahan.
Dan ada juga guru yang tidak mengajar kerana sekolahnya begitu terpinggir sehingga sukar ditempuhi. Dan ini adalah satu lagi kisah seorang guru yang patut diingati masyarakat.
Seorang guru bernama Empan Supandi terpaksa berjalan kaki 11 kilometer setiap hari untuk mengajar di sekolah agama Madrasah Tsanawiyah Thoriqul Hidayah.
Pak guru ini setiap hari selepas subuh meninggalkan rumahnya di Kampung Ciguha, Desa Jampang Tengah, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat dengan naik turun bukit dan melewati hutan dan sawah bagi mendidik anak-anak bangsa.
Empan sudah 14 tahun mengajar, dengan mendapat gaji cuma Rp200 ribu (kurang daripada RM60) sebulan sebagai guru honorer (guru kontrak) iaitu jawatan yang tidak termasuk sebagai kakitangan kerajaan.
Malah ketika pertama kali mengajar pada 2011, Empan cuma dibayar Rp250 ribu (kira-kira RM75) setahun.
Jika bernasib baik dapat menumpang kereta atau motosikal penduduk yang sudi. Jika tidak dia akan berpeluh sebaik tiba di sekolah dan akan menyalin pakaian daripada beg sandang yang dibawanya.
Empan juga mempunyai cerita peribadi yang sedih di mana isterinya telah meminta cerai ekoran kesempitan hidupnya. Empan juga terpaksa menguruskan dua anak yang ditinggal bersamanya termasuk persekolahan mereka.
Bagi menambah pendapat untuk dapat menyara kehidupan dirinya dan dua anak, Empan terpaksa berjualan sayur secara berjalan kaki di sekitar penempatan kampungnya setelah pulang mengajar atau hari cuti.
Kisah kesukaran hidup Empan sebagai guru dan ketua keluarga menjadi bualan penduduk sekitar Sukabumi, Jawa Barat.
Dan ia membuat seorang Youtuber, Dedi Mulyadi membuat konten. Dedi Mulyadi juga merupakan seorang ahli politik yang dikenali di Jawa Barat.
Setelah konten mengenai Empan dimuat dalam Youtube Dedi Mulyadi, kisah kesukaran hidup guru ini menjadi tular. Selain diulang siar beberapa laman sosial, ia ceritanya juga menjadi bahan media cetak dan elektronik.
Dedi Mulyadi turut membina sebuah rumah sederhana bagi membolehkan Empan dan anak-anak hidup selesa.
Youtuber ini turut memberi sejumlah wang sebagai modal Empan menjalankan perniagaan jualan sayur agar lebih selesa. Dia turut diberi barangan keperluan dapur harian dan sejumlah wang tunai. - KitaReporters