KitaReporters mengumumkan pelantikan Samsudin Oli Mohamed sebagai Editor baharu dengan tugas-tugas khas untuk portal berita itu berkuat kuasa mulai 1 Mac 2025.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Editor KitaReporters, Gamal Nasir Mohd Ali sempena meraikan majlis persaraan Samsudin dan pertemuan mojo-mojo (mobile jounalist) KitaReporters sempena ketibaan Ramadan 1446H/2025M di Shah Alam pada 27 Februari 2025. 
Samsudin mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewartawanan dengan lebih 40 tahun dalam penulisan berita. 
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan penerima Anugerah Pekerja Terbaik Lepasan Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). 
Sepanjang kerjayanya beliau pernah bertugas jurufoto di Balai Berita Berita Harian Kuala Lumpur dan juga sebagai wartawan bebas. 

Beliau kemudian bertugas di Jabatan Komunikasi Korporat Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pernah juga dipinjamkan sebagai Ketua Bahagian Komunikasi Koporat di Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) sebelum bersara wajib pada Februari 2025.

Selain sebagai tenaga akademik dan pegawai komunikasi, beliau turut menganjurkan siri bengkel kewartawanan pada peringkat belia, sekolah, dan universiti bagi melatih bakat baharu dalam dunia penulisan berita.

Dengan pelantikan ini, Samsudin dijangka membawa penambahbaikan dalam kandungan dan menyuntik pembaharuan hala tuju editorial KitaReporters, seiring dengan matlamat portal ini untuk menjadi sumber berita berkualiti dan berintegriti tinggi bagi komuniti bertepatan dengan moto Berita Komuniti Cerita Menarik.
Dalam pada itu mereka yang berminat untuk menjadi wartawan boleh menghubungi beliau melalui emel [email protected] - KitaReporters

17
15
0
9
0

Copy Link: