Video| Rezeki tak salah alamat! Pengumpul barang kitar semula raih 20 juta tanda suka dalam TikTok!
Published bySetiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Manakala rezeki itu datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Ia bukan dalam bentuk wang atau harta semata-mata. Diberi kesihatan yang baik juga salah satu rezeki yang tidak ternilai.
Sebagai orang Islam, bersyukurlah dengan rezeki yang dimiliki tidak kira sikit atau banyak.
Sebagai manusia yang mempunyai akal dan kudrat, gunakan sebaik mungkin untuk mencari rezeki halal.
Rezeki tidak datang andai kita goyang kaki dan hanya tahu mengeluh tanpa berusaha. Lainlah kalau anda lahir di atas dulang emas atau rezeki terpijak.
Berusaha, doa dan tawakal agar rezeki itu menjadi milik kita. Selebihnya terserah kepada takdir.
Wanita ini sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.
Kisah seorang wanita yang bekerja sebagai pengumpul barang-barang kitar semula (plastik) dari Indonesia ini boleh dijadikan rujukan dan pengajaran.
Mungkin dari kaca mata sesetengah orang, kerjanya itu hina atau dikelaskan sebagai bawahan.
Namun, siapa sangka kerjayanya itulah membuatkan dia dikenali jutaan orang dalam media sosial. Tiada yang mustahil apatah lagi media sosial menguasai segala-galanya dalam kehidupan masa kini.
Inilah orang panggil rezeki tak salah alamat. Kalau sudah itu rezekinya, tak cepat atau lambat, ia tetap datang.
Setiap video yang dikongsi dalam TikTok miliknya bernama Mak Jeprik, telah meraih ratusan ribu dan jutaan tanda suka serta puluhan ribu tontonan.
Kalau dilihat, tiada yang terlalu istimewa dengan content yang dikongsi tetapi ramai yang menyokongnya dengan memberi tanda suka.
Siaran langsung ini meraih hampir 20 juta tanda suka.
Salah satu videonya ketika bersiaran langsung telah
mendapat hampir 20 juta tanda suka dan 48 ribu tontonan. Satu angka yang sangat
besar untuk content yang memperlihat situasinya sedang mengasingkan
barang-barang plastik sambil berbual-bual dengan penonton.
Malah, dek kerana jumlah tontonan dan tanda suka itulah dia mendapat gift (hadiah) daripada penonton yang bermurah hati. Setiap TikTok gifts yang diberi mempunyai nilai coins (syiling) tersendiri yang kemudian boleh ditukarkan kepada nilai mata wang tempatan. Contohnya Gift Lion (singa) bernilai lebih kurang RM2,000. Manakala Gift Swan (angsa) bernilai kurang RM49.
Inilah yang dikatakan rezeki.
Mek Jeprik menerima Gift Ikan Paus bernilai lebih kurang RM1,700 lebih.
Melihat content yang dikongsi, jelas menunjukkan Mek Jeprik seorang wanita yang bekerja keras demi menyara anak-anak. Justeru, rezeki jarang sekali datang bergolek depan mata.
Cuma, mungkin rezeki Mak Jeprik kerana keikhlasannya mencari rezeki walaupun cuma mengumpul barang-barang kitar semula. Apa yang penting, ia kerja yang halal. - KitaReporters