"DAN saya sungguh tidak pernah bayangkan, senyuman terukir manis sebaik Abang Khaizu (Abang K) menghulurkan air mineral kepada saya merupakan senyuman terakhir yang dia hadiahkan. 

"Gurauan dan usikan pada kepada anak perempuan kami rupanya gurauan terakhir yang menjadi kenangan abadi buat kami sekeluarga. Allahuakhbar."

Itu cedukan catatan pilu novel Semusim Tanpa Dia. Kisah seorang pensyarah sebuah Politeknik Sandakan Sabah yang kehilangan suaminya dalam nahas bas terbalik ketika menemaninya ke acara suai kenal dan hari keluarga  anjuran politeknik itu. Kemalangan berlaku di antara perjalanan Ranau ke Kudat pada 2018.



Semua berjalan lancar sehinggalah selepas makan tengah hari dan setibanya di antara Ranau ke Kudat, Ezatul berkata, dia tersedar daripada tidurnya selepas berasa bas itu melanggar lubang, terumbang-ambing dan dan terbalik di lereng gunung.  

Dari sinilah kita menyoroti setiap detik kisahnya, rawatan yang diterimanya dan akhirnya dia kembali ke kampung halamannya mengajar di politeknik yang ditinggalkan selama dua bulan saja. Seronoknya dia bersama suami menghirup udara segar di Sandakan seolah-olah macam mimpi.

Dan jika anda rasa itu sedih, sila teruskan pembacaan episod berikutnya apabila Ezatul disahkan menghidap barah rahim dan ovari serta perlu menjalani rawatan kimoterapi yang sangat berguna untuk pesakit kanser menelahnya.

Sebelum serahan buku itu, Dija siap berpesan untuk Opah bukunya agak lain sikit ya. 

"Buat Kak Tini @ Opah sayang semoga terus didakap bahagia hingga ke syurga. -Dija," kata Dija @ Khadijah Mohd Nor bekas wartawan Utusan yang bertugas sebagai editor di Akademi Bonda Nor ketika menyerahkan buku yang diselia suntingan sebagai hadiah hari jadi saya.



Semusim Tanpa Dia karya Ezatul Marini. Saya sudah agak buku itu mengenai seseorang yang kita sayang, berhijrah ke alam abadi tanpa meninggalkan sebarang pesan. Mulanya, baca dua muka surat, letak balik buku itu di tepi katil.  Rasanya macam tak sanggup untuk meneruskan ke halaman berikutnya.

Lebih sebak lagi, ujian kedua datang lagi selepas 11 bulan kehilangan suami tercinta, Ezatul turut dikesan menghidap kanser rahim dan ovari. 

Membaca dari satu laman ke episod berikutnya, Semusim Tanpa Dia memberi anda satu pengalaman pilu seorang wanita yang begitu kuat semangatnya berdepan dengan realiti hidup sebagai balu dan pesakit kanser. 

Ezatul Marini Mohd Ghazali penulis buku ini cedera parah di sebelah badan kirinya, tulang femur paha kirinya berkecai dan beberapa retakan pada tulang rusuk, selangka dan tulang belakang.

Manakala suaminya, Mohd Khaizuzafarin Bedalib bersama tiga lagi rakan, Annie Gedion, Suzannie Stephan dan Abdul Fattah Sallehuddin meninggal dunia. Anak perempuan tunggal mereka, Syahairah Nafeesa turut cedera. 

Setiap bait penceritaannya membabitkan detik di dalam bas bersama suami dan rakan serta keluarga mereka yang dalam lawatan Konteksual ke Kudat. Dan kisah berikutanya dia membina kekuatan untuk melalui ujian kali kedua itu.


 


Sebenarnya Opah takut untuk berdepan dengan emosi yang tidak stabil sepenuhnya ketika membaca. Hati pun belum pulih sepenuhnya.

Namun desakan untuk mengetahui kesudahan kisah seorang pendidik yang memang luar biasa membuatkan Opah membaca macam biskut, sekejap buka buku, sedih sangat, biarkan saja. 

Cekalnya Ezatul mengharungi dugaan itu dengan meletakkan seluruh hidupnya kepada Ya Rabb. Opah rasa inilah gaya sebenar seorang tenaga pengajar yang berdedikasi. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dia kuatkan semangat demi anak-anaknya.

Jika dibandingkan, Opah tidaklah trauma kerana proses menjaga arwah suami dua tiga bulan saja. Arwah menghidap kanser usus yang merebak sangat cepat. Cepatnya, sepatut dia mendapat keputusan scan ususnya pada 18 November. Tetapi meninggal dunia dua hari sebelum itu. - KitaReporters


11
16
0
10
0

Copy Link: